Tuesday 9 September 2014

al-kisah persahabatan

assalamualaikum..

hai semua orang. rindu kan nak baca entry aku hari ni. terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca yang follow aku. ceh, da macam menang award kan. bila teringat kawan-kawan, sahabat-sahabat boleh mengeluarkan air mata tau. dulu masa sekolah tadika ke sekolah rendah ke ataupun sekolah menengah boleh je kita hangout sama-sama. berbual sama-sama. duk lepak anyam ketupat sama-sama. tapi semua akan berubah bila kita tamat sekolah. sedih tau. time sekarang barulah kita sedar yang detik kita bersama adalah
saat yang paling indah. wow! da bermadah pujangga kan .




kali terakhir aku jumpa sahabat aku pada 25 ogos 2014. boleh jadi tarikh bersejarah kan. ada la jugak yang lepas exam form 6 je terus tak jumpa-jumpa. kekangan masa, dan kerja-kerja di dunia menyebabkan kami tak dapat bersama. ceh, ini semua poyo. sekarang! kami menjalani kehidupan masing-masing. ada sambung belajar, ada kerja. agak-agaknya bila la kita nak bersama macam dahulu kala. mungkin dalam mimpi gamaknya.


p/s: masa bersama sahabat adalah detik paling indah.



Monday 8 September 2014

come back home

Assalamualaikum..

wah, dah lama gilerrrrr kan aku tak update cerita panas lagi sensasi kat sini. dah 8 bulan tak update rasanya. lama tu. kalau orang nak beranak tinggal tunggu satu bulan je lagi kan. sungguh sadis. memandangkan entry aku yang terakhir masa tu ber'tittle'kan 'penganggur terhormat', ni aku nak cerita sikit sambungan kehidupan aku. lepas tunggu punya tunggu,akhirnya aku dapat kerja sambilan pada 7 Januari 2014. gempak kan aku boleh ingat.

aku berhenti kerja pun pada hari last puasa. nak tau kenapa aku berhenti? mak jemah jugak korang ni kan. masa tu, keputusan universiti dah nak keluar. jadi aku pulak, tak suka orang tanya aku macam-macam. so,aku ambil keputusan nak berhenti kerja.

duduk rumah hampir sebulan jugak la,nak tunggu panggilan masuk universiti. hari keputusan universiti keluar, aku saje je nak check result universiti lambat-lambat. lebih kurang pukul 12.45 p.m, keputusan aku keluar. nak menangis ada. nak gembira ada. nak mintak perubahan universiti pun ada. tapi, aku yakin akan ketentuan Ilahi.

so,just accept your faith. peace!
p/s: tak semua apa yang kita nak,kita akan dapat.