Sunday 18 October 2015

kenangan yang terindah

assalamualaikum . . .

ada tak sesiapa yang rindukan entry aku? sila angkat ketiak. hehehehe. yang rindu entry aku tu, cakap je la. tak payah malu-malu. aku okay je. hehehehehe. nampak tak tahap perasan aku da menjadi-jadi. aku bukan macam time sekolah dulu yang suka tulis blog. yang ada masa luang sedikit waktu untuk menghadap lappy ni 24 jam. dulu masa semester satu, punyalah ada masa nak menghadap cerita korea sampai pagi buta. tapi sekarang,! nak tengok cerita korea pun tak sempat. dengan kelas dari pagi sampai petang. sambung meeting dengan pelbagai program yang aku masuk lagi. macam ni rupanya life student universiti. dulu masa sekolah menengah ayat keramat yang selalu aku dnegar cikgu aku cakap ialah

"masa kat sekolah je awak susah-susah dulu. bila da masuk universiti, awak akan senang"

tapi sebenarnya ayat keramat tu memang betul-betil keramat bagi aku. dan kau rasa ayat cikgu aku terbalik. time sekolah la benda yang paling senang. time-table da tersedia. nota cikgu bagi. dekat universiti ada mcam tu? tak ada punya la beb. jadual pun kau yang susun.

disebabkan busy aku ni mengalahkan Naib Canselor, aku sampai tak ada masa nak update entry kat blog. Blog aku ni boleh diibaratkan seperti rumah kosong yang da banyak sawang-sawang tu. berhabuk pulak tu. hehehe. program yang terbaru aku join ni, under course aku. member aku ajak join jadi unit protokol. so, aku rasa why not, kalau aku join program  ni sebagai AJK pelaksana. tambah pengalaman. So, ketua protokol aku pun menempatkan aku sebagai usher. bila je dapat tugasan tu, macam la nak menjerit. macam nak lompat dari bangunan pun ada. kau tahu tak usher tu apa? kau kena iring VIP dari pintu masuk sampai ke meja makan. ohh no !! tapi selepas rhearsel campur kena marah lagi akhirnya terlaksanya tugas aku sebagai usher dalam program ' HA20's mento mentee, red white glamour dinner'.

team protokol


usher's team
emcee and me




p/s : kadang-kadang walau berjuta-jua duit yang kita miliki tapi hanya satu yang tak mampu kita beli iaitu kenangan. kenangan yang tercipta antara kita tidak akan pernah dilupakan.