Wednesday 26 June 2013

masa depan

Assalamualaikum..

Disebakan Indeks IPU jerebu naik secara mendadak kepada 700 lebih,jadi sekolah dekat Muar pun ditutup. Masa member aku bagi tahu tak sekolah masa tu,aku siap menangis berguling-guling sebab tak dapat pergi sekolah. Aku tahu mesti korang gelakkan aku dan cakap aku tipu. Memang! Memang aku tipu pun. Korang tanya la bebudak sekolah kat Malaysia ni. Apa yang paling dia orang suka? Confirm dia orang jawab cuti sekolah. Bila da cuti sekolah,mesti rasa bosan. Rindu nak jumpa kawan la. Sebenarnya bukan korang rindu pun dekat kawan korang. Tapi korang rindu nak jadi mak jemah bersama-sama member korang. Gossip sana la! Gossip sini la ! aku tau sangat la perangai korang tu .

Bila jiran aku yang kecik tau aku cuti sekolah, budak dua orang tu siap plan nak pergi rumah aku. Lain tak bukan, nak mengendeng kat aku la tu .Naik main game ! kalau dia orang datang confirm  computer aku jadi mangsa. Aku rasa kalau computer boleh menjerit pasti da menjerit. Mana takya,kalau dia main game bukannya satu jam,mahu mencecah dua hingga tiga jam. Budak-budak kan? Tak kan aku nak rotan pulak.

Lepas jiran aku yang bernama Ain tu bosan main game,mula la dia sibuk nak mengacau ibu aku di dapur. Yang adik dia memang kuat tidur,lepas main game dan makan nasi ditambah dengan kicap dan telur dia akan tidur. Senang kerja aku !
Ain tu mula merepek. Aku yang kat bilik tengah baca buku dengar je dia mebebel. Kalau dia bercakap satu hari tak kan habis. Membebal campur mengarut je kerjanya. Aku yang kat bilik dengar perbualan mesra dia dengan ibu aku.

Ain: cik min,anak kak long comel kan?
Ibu: a’ah. Memang comel. Ikut mama dia.
Ain: anak angah,afeef pun comel kan?
Ibu: ermm(ibu aku jawab acuh tak acuh),kak Ain ni asyik bercakap je. Tak reti nak tidur ke?
Ain dian sekejap. Lepas tu dia sambung lagi.
Ain:nanti mesti anak kak fathiah comel jugak kan?

Ibu tak jawab,terus tampar muka dia. Hahaha.. tak da la.. ibu terus kan memasak masa tu. Malas nak layan budak mulut becok tu.

Wow ! amazing la! Budak 6 tahun da boleh fikir masa depan. Yang aku tu pun tak terjangkau nak fikir ke tahap begitu. Anak? Huh.. aku plan nak kahwin pun 9 tahun lagi. Selepas di tambah ditolak di bahagi dan di darab masa tu umur aku 28 tahun. yang jiran aku tu da fikir aku akan kahwin dan aku akan dapat anak yang comel. Cis, memandai je. Bebudak sekarang da advance ! aku tabik la dengan budak-budak zaman globalisasi ni. Hehehehe..


*9 tahun lagi.. tunggu,entry aku masa tu.. cuba ko bayangkan aku kahwin dengan Amar Ashraf.. okay,lawak!

Tuesday 11 June 2013

sahabat selmanya..


Assalamualaikum ..

hai korang,aku serius rindu gila kat blog ni.. dan aku percaya jugak dan pasti seratus per dua ratus yang korang rindu aku jugak ,kan.. kan.. kan? okay,korang tak payah nak muntah darah atau menyampah tahap gaban dengan aku .. ada aku kisah ke.. korang tengok tajuk entry aku kali ni.. aku cakap tengok la, bukan sambung baca.. cepat ! hahahaha.. entry aku kali ini buat sahabat aku yang sekian lama aku tak keluar dengan dia orang.. tak lepak sama-sama.. maklum la, selepas result SPM keluar, kita orang buat haluan masing-masing.. ada yang merantau ke Terengganu, ada yang pergi Melaka dan ada yang dok lepak kat rumah.. ohh,korang jangan ingat yang dok lepak kat rumah tu dia dok goyang kaki sambil menari cha cha tau .. member aku sorang tu, baru tamat belajar di Matrik,Tangkak.. tengah  tunggu result nak masuk U.

korang pernah dengar pasal hari persahabatan .. yang tak pernah dengar tu, korang boleh terus kan membaca .. yang da pernah dengar, korang boleh pergi close aku punya blog ini.. okay,guys.. let's me continue .. tahun ni,kita orang sambut hari persahabatan kita orang awal .. sepatutnya 6 hari bulan 6 setiap tahun kita orang akan sambut tapi al maklum la, cuti semester member aku da nak habis .. lagipun dia kena balik awal.. jadi kita orang sambul awal pada 1 hari bulan 6..

so,pukul 1 tengah hari member aku datang drive kereta pergi rumah aku.. then, dia ambil aku, sebab aku lah orang yang kena drive ! cis, baru nak jadi mem besar , goyang kaki sambil dengar lagu forteen ,tetiba kena drive pulak .. nasib baik dia kawan aku ! aku pun pergi ambil budak- budak ni lagi tiga orang .. kita orang apa lagi pergi ke tempat- tempat yang di plan..

first kita orang pergi secret recipe .. kita orang tak makan kat situ , sebab da plan nak makan kat KFC .. lepas membeli kek , pergi KFC ..

kita orang snap picture kat KFC !




ni makanan setelah kita orang melantak !

                                 
semua nak promote kek ! so delicious !

                                         
lepas makan dan mengenyangkan perut ,kita orang dok lepak kat tanjung..

korang tak payah tengok yang lain, tengok aku je !


ni last sekali,member aku bagi small note untuk aku .. sayang korang ketat- ketat ..


                                  

p/s: hargai sahabat korang selagi korang ada sahabat..