Wednesday 21 September 2016

ancik, yah rindu (part 1)

assalamualaikum . .

rasanya da berhabuk blog ni dek kerana kesibukan yang melanda dalam diri ini . sibuk dengan kuliah dan macam-macam lagi . *acah-acah rajin study *. untuk kesekian lamanya, akhirnya hati ini merelakan jari jemari bermain di atas keyboard . entah da berapa lama aku biarkan blog ni terbiar seperti tiada penghuni . kesian kau blog!

entry aku kali ni lebih menusuk kalbu, lebih sedih daripada entry sebelum ni . *mohon sediakan tisu sebanyak mungkin*

23 ogos 2016

tarikh ni tarikh keramat yang akan aku ingat sehingga nafas ini terhenti, sehingga jantung ini berhenti berdegup dan sehingga denyutan nadi ini terhenti . tarikh tu tarikh birthday aku . aku ulang sekali lagi birthday aku , and now I'm officially 22 years. masa raya tu, abang aku yang nombor 4, yg aku gelar ancik (panggilan dia dalam keluarga), janji dengan aku sebelum dia balik Melaka (tempat dia kerja), dia nak balik masa birthday aku .

"dik, nanti 23 haribulan ancik balik ye . jaga ibu ayah baik-baik", ~ancik~

time tu, hanya Allah yang tahu, betapa gembiranya hati seorang adik bila abangnya berjanji . selalunya aku akan sambut birthday dengan ayah n ibu , yelah, semua adik beradik kerja jauh . tak kan nak balik ke rumah semata-mata nak sambut birthday aku , tp, bila ancik ckp mcm tu, aku gembira sgt . ancik nak balik rumah semata-mata nak sambut birthday aku .

lebih kurang 1.30 pagi . .

time tu aku tersedar dari tidur . aku terdengar suara orang di dapur . aku pun menjengah ke ruang dapur, time tu aku nampak ibu menggigil. ayah suruh aku ambil kan air , aku ambil air untuk ibu , dalam keadaan yang mamai, ayah cakap, ancik excident dan ada kat ICU sekarang . Ya ! itu 'kejutan' dari ancik buat aku masa birthday aku . masa tu, aku diam . sebab otak aku tak berfungsi time tu . ayah suruh call adik beradik, sbb orang yg telefon ayah tu, cakap ancik dalam keadaan kritikal .

~bersambung~

Saturday 5 December 2015

feed the needy

assalamualaikum. . .

semakin hari semakin banyak pulak rintangan nak menulis blog ni. blog ni da macam rumah usang yang banyak sawang. hari aku perlu bekerja keras untuk membuat sawang yang menyemak kan mata. okay, stop kot kita merepek. tapi aku tahu, korang konfem rindu penulisan aku yang terseberapa hebat tapi penuh informasi. sangat. *tangan ke bahu mata ke atas,gedik*

nampak tak tajuk entry aku kali ni. "Feed the Needy".  ni salah satu program yang aku join latest ni kat UMS. aku nampak je program aku terus terlintas nak join. yelah, salah satu aktiviti program ni, memberi makanan kepada mereka yang memerlukan. kami diberi 3 kumpulan, satu kumpulan akan mengajar anak-anak penjaja pasar malam di kg.Air, dua kumpulan lagi edar makanan kepada geledangan. satu tempat di Sinuran, dan satu lagi di Segama. kumpulan aku kena edar makanan di Segama. jauh perjalanan kami mencari mereka yang memerlukan. aku ingat senang la nak cari orang, tapi rupanya susah. pusing punya pusing, alih-alih balik di kawasan yang first kami start tu. tak jumpa lagi orang yang benar-benar memerlukan. dalam perjalanan di lorong yang sunyi dan adanya timbunan sampah serta lopakan air yang berbau busuk, sudah pasti adanya beberapa ekor lipas berkeliaran. budak-budak kumpulan aku, ada yang menjerit nampak lipas berjalan dengan sopannya di depan mereka. lucu bila teringat kejadian ni.

jalan punya jalan, nampak sebuah keluarga yang menjual selipar di tepi jalan sambil membawa 3 orang anak. berhentinya kumpulan kami di keluarga tersebut dengan menghulur sedikit bantuan,mungkin dapat membantu mereka. in shaa Allah. kami menuruskan lagi perjalanan lagi ke suatu tempat. ternampak pakcik makcik yang sedang tidur di atas tempat macam troli angkat barang. Allahuakbar, sayu sungguh. nampak pula sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. kami panggil mereka sambil memberi makanan. setelah habis makanan diedarkan, datang la seorang kanak-kanak lelaki kepada aku.

"kak,ada lagi makanan? ayah saya ndak dapat."
"da habis dik. "

sayu muka dia ketika itu. tak sampai hati pulak nak melihat. ada seorang kakak ni hulurkan duit kepada dia. senyum kembali terukit diwajah dia. sewaktu kami lalu untuk pulang ke destinasi, kanak-kanak itu sedang ralit menjamah makanan. lambaian terakhir kami  buat mereka. entah bila kita kan ke temu lagi. sebenarnya ramai mereka yang didunia ini tersangat memerlukan bantuan daripada kita, cuma antara kita sedar atau tidak sedar ja.

semoga setiap kaki yang melangkah menjadi rakaman di akhirat nanti. semoga setiap peluh yang membasahi muka menjadi bukti untuk menuju syurga. Allahuakbar.

Sunday 18 October 2015

kenangan yang terindah

assalamualaikum . . .

ada tak sesiapa yang rindukan entry aku? sila angkat ketiak. hehehehe. yang rindu entry aku tu, cakap je la. tak payah malu-malu. aku okay je. hehehehehe. nampak tak tahap perasan aku da menjadi-jadi. aku bukan macam time sekolah dulu yang suka tulis blog. yang ada masa luang sedikit waktu untuk menghadap lappy ni 24 jam. dulu masa semester satu, punyalah ada masa nak menghadap cerita korea sampai pagi buta. tapi sekarang,! nak tengok cerita korea pun tak sempat. dengan kelas dari pagi sampai petang. sambung meeting dengan pelbagai program yang aku masuk lagi. macam ni rupanya life student universiti. dulu masa sekolah menengah ayat keramat yang selalu aku dnegar cikgu aku cakap ialah

"masa kat sekolah je awak susah-susah dulu. bila da masuk universiti, awak akan senang"

tapi sebenarnya ayat keramat tu memang betul-betil keramat bagi aku. dan kau rasa ayat cikgu aku terbalik. time sekolah la benda yang paling senang. time-table da tersedia. nota cikgu bagi. dekat universiti ada mcam tu? tak ada punya la beb. jadual pun kau yang susun.

disebabkan busy aku ni mengalahkan Naib Canselor, aku sampai tak ada masa nak update entry kat blog. Blog aku ni boleh diibaratkan seperti rumah kosong yang da banyak sawang-sawang tu. berhabuk pulak tu. hehehe. program yang terbaru aku join ni, under course aku. member aku ajak join jadi unit protokol. so, aku rasa why not, kalau aku join program  ni sebagai AJK pelaksana. tambah pengalaman. So, ketua protokol aku pun menempatkan aku sebagai usher. bila je dapat tugasan tu, macam la nak menjerit. macam nak lompat dari bangunan pun ada. kau tahu tak usher tu apa? kau kena iring VIP dari pintu masuk sampai ke meja makan. ohh no !! tapi selepas rhearsel campur kena marah lagi akhirnya terlaksanya tugas aku sebagai usher dalam program ' HA20's mento mentee, red white glamour dinner'.

team protokol


usher's team
emcee and me




p/s : kadang-kadang walau berjuta-jua duit yang kita miliki tapi hanya satu yang tak mampu kita beli iaitu kenangan. kenangan yang tercipta antara kita tidak akan pernah dilupakan. 

Wednesday 9 September 2015

rindu plus plus

Assalamualaikum..

balik je semalam dari bertugas di kaunter pendaftaran Silat kalimah kolej E, terus tidur. penat kot. tolong promosi kelab sana  sini. da balik kelas pukul 6 petang. nak balik bilik da dkt 6.30 petang. pukul 7 pulak kena jaga kaunter. gila penat kot. nasib pengarah program faham, jadi aku turun lmbt skit la. smbil dgr org dok promote kelab sana sini, terpesona pulak dgr ahli Kelab Nur Eman menyanyi. melting sekejap mendengarnya. aku pun saja-saja merisik menanyakan siapakah gerangan yang bersuara nerdu tu. ada la kawan aku kenal. nampak tak kegatalan disitu. hahahahaha.

bila duduk sorang diri, keseorangan ni, tetiba pulak rasa rindu. rindu yang teramat sangat. baru berapa hari kot masuk semester 3, da rindu nak duduk rumah. hehehe. homesick la sangat.  kadang-kadang manusia ni perlu berjauhan dgn mereka yang tersayang. baru boleh melihat bagaimana perkataan rindu itu berfungsi secara rasmi nya. hahaha. lumrah manusia kan?

aku paling rindu sekali dgr alarm ibu aku. pagi-pagi ibu la yg kejutkan aku bangun. paling teramat rindu dgr ketukan pintu bilik dr ayah. baru ketuk pintu, aku da bangun. belum lagi ayah seru nama aku. hahahahaha. aku rindu masakan ibu aku, yg pedas kaw-kaw sampai kau boleh dating dgn bilik air dua tiga kali. tapi tu la yang paling enak + sedap. aku juga rindu syuhada, cousin paling kecik dalam keluarga sebelah ibu aku. aku tak ada aik kan. jadi suka lepak rumah atok aku, main dgn dia, dgr dia membebel. macam murai kot dia cakap. cakap tanpa henti. sebenarnya apa yang buat. aku akan sentiasa rindu. tapi Allah pun rindu aku. rindu mendengar rintihan aku, luahan aku. so, kalau rindu, berdoa la kpd Allah.

ifan dan yayah

ni la my little cousin 

afeef dan Afea

ibu dan ayah

p/s: cintailah seseorang tu selagi dia masih ada, jgn biarkan rindu menyebulungi anda.

Monday 7 September 2015

welcome back

assalamualaikum semua..

serius kot aku rindu plus plus plus nak update blog ni. sungguh busy yang teramat sangat sehingga tak mampu nak menulis blog ni. orang lain pun busy jugak, tapi aku punya busy ni mengalahkan perdana menteri. hehehehe. just joke guys. yang rindu aku, behave yourself okay. one day pasti kita jumpa. hahahaha. cuti semester lepas, merupakan cuti yg paling seronok gila la. sebab dapat raya sama-sama keluarga, walaupun first day puasa kat Sabah. tapi kat sini la aku belajar berdikari.

kau tak tahu macam mana rindu nya berjauhan dgn family. tapi dalam kehidupan ni perlukan pengorbanan. masa raya dapat la keluar beraya dgn kawan2 yg tercinta. cewaahhh. dpt hangout sama-sama dia org. dpt gelak sama-sama. yg penting dpt bahan antara satu sama lain. bila kita da sekepala dgn seseorg ni, kau bhn teruk mcm mana pun, dia tetap tak terasa. itu namanya persahabatan. bukan fitnah sana sini. opsss, I terlepas cakap pulak.

raya pertama *cuma keluarga abg aku je yg tak de*

geng form 5 SMK Raja Muda

geng jemah in the house

Monday 29 December 2014

aku student UMS

assalamualaikum.

wah,time mood exam la ni, ada datang ilham nak menulis blog. aku saja je nak memeriahkan blog aku yang tak berapa nak meriah ni. Maklum la, aku bukan feymes yang ada berpuluh-puluh ribu follower. ceh, merendah diri pulk nampaknya.

sekejap je, aku nak menghabiskan semester satu sebagai student Universiti Malaysia Sabah. kekadang rasa sedih pulak. banyak sebenarnya pengalaman yang aku tempuh even sekejap. dan masa ni la aku nak mengenali sifat dan perwatakan manusia. macam-macam ragam. macam-macam karenah. tapi yang ni la paling best. sebab kita boleh tengok sama ada orang tu jujur dengan kita atau sebaliknya. bha, gempak gitu je kan aku cakap.

tapi aku nak korang tahu, kat sini aku perlu berdikari. kau bayangkan lah aku tak balik rumah dari bulan 9. peh, kalau la sabah dan johor ni dekat. konfem aku balik setiap minggu. tapi aku bukan kaya pun. orang kaya pun, belum tentu balik tiap-tiap minggu kan? jauh betul sabah dengan johor tu beb. dah, jangan serabutkan fikiran korang, lagi 18 hari aku nak balik rumah. rindu nak makan benda yang pedas, yang boleh buat perut aku sakit tanpa henti. tapi itu la nikmat!





p/s: ustaz cakap, kalau rindu letak tangan di dada dan baca surah al-fatihah. semoga orang yang kita rindu, dapat merasainya. ecehhhhh. selamat mencuba ye sahabat-sahabat sekalian.

Tuesday 23 December 2014

mood exam + rindu

Assalamualaikum..

tengah-tengah duk mengadap nota-nota lecturer bagi teringat pulak dekat laman sesawang yang dah bersawang ni. da berapa lama agaknya beta tak bukak blog ni. pejam celik. pejam celik da hampir satu semester beta habis kan masa belajar di UMS. banyak pengalaman yang boleh dicoretkan dalam kehidupan beta. Peh, menyampah pulak aku guna beta-beta ni. bukan aku anak raja pun. kalau la aku tulis segala kenangan pahit mahupun manis dekat UMS ni, konfem 40 hari 40 malam tak kan habis. begini la hidup di Universiti. Pengalaman sangat penting dan terlalu bernilai dan tidak mampu untuk dibeli dengan wang ringgit. wah, da lama aku tak bermadah pujangga ni. Kalau A. Samad Said tengok blog aku ni, konfem dia jadikan aku anak buah dia ni. okay, aku tahu aku kuat perasan.

ni pun tengah study week. lagi berapa jam je nak final exam. 4 hari x 24 jam = 96 jam. wah, final exam semakin hampir. kepada budak-budak u tu, gunakan la cuti study week ni untuk berstudy. bukan berjimba-jimba. wah, ayat sastera lagi tu. ni, aku nak pesan! pesanan ni kau org sentiasa dengar dan makin bosan pulak korang dengar. Make sure study smart not study hard. hahahaha.

kau bayangkanlah tengah-tengah study ni korang tengah pikul satu tanggungjwb orang tua kau. konfem kau terus tutup blog aku ni tanpa membaca. sebab nampak muka org tua korang tgh lihat korang kan. hehehehe. maksud aku, buat la terbaik untuk mereka yang kau sayang. perasaan rindu aku ni semakin membuak-buak da ni. da lama tak menatap wajah kesayangan aku. ibu dan ayah aku, tulang belakang selama aku hidup 20 tahun ni. agaknya, kalau balik ni, konfem aku makin gemuk. masakan ibu aku tu sampai boleh menjilat jari kaki tau. hahahaha..


p/s: angin bawalah rindu ku pada dia yang amat aku rindu.
#ibu&ayah