Wednesday 29 May 2013

my neighbour

Assalamualaikum

hai korang-korang yang dok baca entry aku kali ni sambil makan keropok dan bertemankan air kopi.. eiii.. air kopi? taknak.. taknak.. air holick la.. kenapa? suka hati aku la.. blog aku, aku punya pasal la..
neighbour? siapa yang tak tahu maksudnya korang boleh pergi ambil kamus dan pergi cari maknanya.. yang korang budak form 5 yang tak tahu maksudnya baik korang pergi study sekarang.. kang tetiba masa SPM kena buat essay macam tu baru hang dok sibuk nak frust.. menangis.. menjerit macam kena santau.. kau fathiah,mulut tak reti nak cover sungguh.

neighbour tu bahasa omputeh punya.. bahasa melayu sebut jiran.. alah,jiran.. yang duk sebelah rumah korang tu.. kalau tak tahu jugak korang pergi ambil hammer or benda-benda keras ketuk kepala korang.. lepas korang da ketuk kepala, rendam kan kepala korang dalam baldi yang dipenuhi air.. rasa nak lemas tu,angkat kepala korang.. konfem! lepas korang buat ,korang akan tahu maksud neighbour atau jiran.. ada faham.. sesapa yang tak faham apa yang aku ajar hari ni, sila angkat kaki..

ain nabila & ainul husna



tengok betul muka dua budak ni.. serupa dengan aku tak? hahaha.. konfem tak serupa, sebab ni bukan adik aku, tapi ni jiran aku yang paling awesome... dan satu lagi dia dua orang ni la jiran yang paling setia dan suka bertandang ke rumah aku.. kiranya dia la jiran yang paling prihatin dengan keluarga aku, okay tak memasal.. yang ain nabila tu berumur 6 tahun dan yang sebelah tu ainul husna berumur 4 tahun.. okay korang tak payah nak kutuk dia dua orang.. sebab adik lebih besar dari akak.. husna tu suka sangat miunm susu,makan telur dan ayam.. memang patut pun badan dia macam tu.. padan muka dia..

semalam dia duk melepak rumah aku sampai ke petang.. aku tak kisah sangat sebab dia memang selalu menjadikan rumah aku ni sebagai rumah persinggahan atau rumah kedua dia dua orang.. sedang aku melayan perasaan dalam bilik semalam sambil membaca novel,budak dua orang ni masuk bilik.. aku tengah meniarap sambil buat kuak lentang.. buruk sangat perangai ko, fathiah.. bilik aku.. aku punya pasal la.. tengah-tengah khusyuk membaca,si husna yang mulut murai ni bercakap dengan aku..

husna: kak teha ni besar la,gemuk..

aku sangat panas dengan kata-kata yang tak bertamadun daripada dia.. tak kan aku nak hentak si husna dengan kayu kat belakang rumah aku tu.. jadi aku buat tak layan je.. bila aku tak layan,budak ni makin suka menyakat aku..

husna: kak teha pendek !

ohh no!!! aku pun dengan pantas mencubit pipi montel dia yang macam kuih apam yang lembut yang sedap di makan ketika masih panas.. husna ketawa terbahak-bahak.. then,aku paksa dia tidur.. dia pon tidur lepas aku buat mata besar macam nak marah dia.. tau takut.. aku ketawa bila dia tidur.. teringat dulu, masa dia tengah tidur.. aku pun masa tu join dia.. tengah-tengah tidur aku rasa macam ada air meleleh kat lantai.. aku pun bangun.. oh noooo!! husna kencing masa tidur.. tak kan aku nak pukul dia pulak.. aku pun sambung tidur balik.. merepek la kau fathiah! aku pun kejut dia suruh dia bangun dan mandi kan..

kekadang aku cerita kat member pasal budak dua orang ni,dia orang cakap aku ni baik sangat.. tapi aku rasa tak.. *rendah diri kejap.. mungkin aku tak ada adik,tu yang aku layan dia dua orang macam adik aku..

p/s : sometimes we must treat our nieghbour like our parents. do you agree with me?? hehehe..

Tuesday 28 May 2013

demam gwiyomi

Assalamualaikum..

semakin hari aku tengok bebudak Malaysia ni sentiasa menyahut seruan kerajaan berkaitan dasar pandang ke timur.. fuhh,teror la aku sekarang ni.. boleh pulak cerita dasar kerajaan dekat sini kan.. okay kalau korang tak tau dasar apa yang aku cakap tu,korang boleh searh google, confirm korang lebih arif daripada aku.. so aku terang kan sikit,, dasar tu nak suh Malaysia boleh sama maju dengan negara timur tu.. pandai korang teka,, of course la jepun dan korea selatan..

so setiap hari aku bukak facebook je mesti ada new update daripada bebudak hot berkaitan video gwiyomi tu.. kalau comel aku tak kisah,tapi kalau gedik.. nauzubillah.. sampai budak kelas aku budak lelaki pun naik meluat.. memang sah bebudak Malaysia ni suka tiru gaya orang barat.. dengan K-pop nye,gangnam style, lepas tu gwiyomi.. pehh.. kalau K-pop aku tak kisah sangat sebab aku pun layan jugak lagu dia orang.. tapi part gwiyomi ni aku macam alah sikit.. macam alahan makan udang.. rasa gatal-gatal je.. so,aku istilah kan bebudak Malaysia ni memang da kena serangan demam yang teruk yang tak ada ubatnya.. DEMAM GWIYOMI.. dasyat la.. kalau korang nak tau member sekepala aku tu pun ada buat.. tapi tak masuk youtube or facebook la.. hello,dia bukan tak feymes la. cuma tak nak kena label, kena cop GEDIK..

so aku nasihat kan korang berhenti la meniru gaya orang.. amek ni sebagai hadiah bebudak yang buat gwiyomi tak pun peminat or yang fanatik dengan gwiyomi..


ta............ra...



Monday 27 May 2013

tawar?

Assalamualaikum..

sementara menunggu jiran aku yang nak siap-siap pergi medical check up dan x-ray, aku pun dengan berbesar hati meringankan tulang jari-jari aku untuk menaip sekaligus mencurahkan idea yang ada dalam benak fikiran aku ni.. okay,korang tau tak apa itu cendol? rasa nya macam mana? ohh,sedap la kan.. tapi aku bukan la peminat nombor satu cendol ,sebab aku tak suka cendol yang hijau tu la.. aku telan airnya saja, pelik? ada aku kisah.. ko sape nak judge aku?

satu hari tu,masa tengah minggu exam tu la.,member sekepala aku decide nak pergi minum-minum tepi jalan,, kat warung.. sebab tekak sudah haus bukan kepalang.. maklum la exam habis pukul 4 petang gitu.. sampai kat warung dekat pukul 5 petang.. so decide dengan budak 3 orang tu minum dulu sebelum balik.. pergi la kami berempat ke warung mak jah..

aku,fika dan mira order air lai chi kang.. sedap gila.. murah saja.. satu cawan RM 2.. atikah pulak tak suka air yang kita orang minum, so dia pilih cendol.. sambil menunggu air tu kita orang berbual begitu dan begini.. korang tak payah nak busy body sangat la nak tau aku berbual apa.. macam mak jemah pulak.. so,korang duduk diam-diam dan teruskan membaca tanpa rasa menyampah dengan aku.. FAHAM!

so,lai chi kang dan cendol pun sampai dalam masa 7 minit.. SIAP..





korang nampak tak perbezaan cendol dalam 2 mangkuk tu? satu mangkuk ada lalat satu lagi tak ada kan? hahaha.. mesti korang tengah cari kan? fathiah tip top kau kena kan orang hari ni.. hehehe.. mana ada? satu mangkuk cendol sudah di kacau sehingga sebati dan boleh terus menikmatinya yang mangkuk satu lagi tak kacau lagi.. ada faham? sekarang korang catatkan dalam buku nota korang sebab aku nak cerita pasal mangkuk cendol yang tak dikacau lagi.. cepat catat! kang tak faham pulak.. tergaru-garu kepala pulak dia.. tak ada pen? nanti aku bagi.. ingat je la dulu! macam budak sekolah,nak kena arah-arahkan.. sekarang korang bayangkan yang mangkuk cendol belum kacau tu milik ATIKAH member aku..

atikah pun menghirup cendol tu dengan lahapnya.. *aku saja je tambah.. kalau korang nak tau atikah tak boleh di bawa ke majlis.. kalau korang bawak konfem kena halau.. mana tak nya,kalau dia makan.. peh.. punya la lambat.. polite gitu,nyah.. tapi tak pe la.. itulah calon-calon isteri yang disukai lelaki.. hahahaha.. kalau korang nak bawak atikah pergi majlis jugak ko pesan kat tika macam ni..
"kau,tika...kau tak payah makan.. biar aku sorang je makan".. kejam tak..? korang praktik kat kawan-kawan korang yang makan sopan tahap gaban..

*conversations aku dengan bebudak kepala gila*

atikah pun memuji keenakan minuman cendol tu.. aku pun macam terliur la.. sampai air liur meleleh.. 

aku: weyh,nak rasa sikit boleh?

atikah: amek la..

aku pun minum, dalam hati aku terdetik.. "asal tawar bebeno ni".. aku pun diam je la kan..

mira pun nak join sekaki mintak cendol si atikah ni..

mira: asal tawar ni.. ko tak kacau ke atikah?

atikah: kena kacau ke? selalunya mak aku yang tolong kacau kan..

dan satu lagi nasihat aku untuk korang kalau nak ajak atikah hang out banyak benda korang kena terang kan kat dia.. dia ni tak tau sangat ,so kita kena ajar dia step by step.. tapi dia kawan yang paling baik bagi aku.. suka tolong selesai masalah orang even dia ada big problem.. mulia hati dia.. so paling penting jangan lupa kacau kan cendol dia sebelum dia minum.. walau korang terpaksa bukak kan kulit udang untuk dia makan nanti.. hahahaha..

p/s: kapada atikah jangan marah aku dengan entry terbaru aku..


terkejut mak!!

Assalamualaikum..

hai korang..serius  campur sumpah aku rindu gila dekat blog ni..da lama kot tak update entry baru..patut la rasa macam tak boleh bernafas dengan betul.. rupa-rupanya da lama tak buat entry yang kejadah haram ni.. sorry korang.. serius aku busy nak study sebab nak exam untuk second sem..

semalam aku decide dengan member  nak pergi beli buku untuk buku sem 3.. so aku pun berjalan kaki bersama member dari parit jawa hingga ke bandar muar.. okay.. aku tahu korang tak akan percaya kan.. hehehe.. nampak beno ko menipu fathiah.. kita orang naik motor la.. tak kan nak naik kereta pulak.. dengan muar sesak macam ikan sardin tu..tak sanggup aku,nyah.. so aku menunggang motosikal dengan kelajuan 60 km/j.. lawak tak.. sebab motor tu memang boleh bawak 60 je, kalau korang bawak 65 pasti akan sampai ke kuala lumpur terus.. aku yakin tu..!

dalam 25 minit sampai la kita orang di kedai buku.. cari punya cari buku jumpa la member lelaki sorang ni.. kita orang panggil dia budak zaman dulu-dulu.. sebab apa? sebab rambut dia terjungkit ke depan.. okay,fathiah.. enough kutuk orang.. tu kan budak yang afika minat..! sorry fika,saya tak sengaja..*sambil buat muka comel.. da beli buku apa lagi,kita orang cabut lari tanpa membuat sebarang pembayaran.. aku tahu korang mesti ingat aku kelentong korang.. mana ada! betul la.. aku tak guna duit beli buku aku guna voucher la..

kemudian dengan wajah afika yang minta simpati nak beli cool blog aku pun ikut kan..kang  dia buat muka seposen kalau tak beli cool blog pulak.. ayat yang memilukan sampai menusuk ke kalbu bila dia cakap 'suka hati'.. peh,sentap mak,nyah.. intonasi tak boleh bla.. then aku pun join sekaki beli cool blog.. ada pulak mamat dan minah cina bangang tak bertempat.. tempat order dijadikan tempat menunggu cool blog dan tempat beramah mesra.. aku pun naik angin dan apa lagi sound la..

after beli cool blog kita orang round satu bandar muar.. lawak tak.. kita orang kan anak jati muar.. sebenarnya kita orang sesat sebab nak cari kedai buku yang lain tak jumpa..beberapa saat kemudian kita orang sampai..atikah pun cari la buku yang di idam-idam kan.. after jumpa kita bayar dan bla.. plan lepas pergi beli buku nak jalan-jalan pergi tanjung.. minyak motor pun da nak empty,so decide nak isi minyak dulu.. tengah-tengah bawak motor nampak pulak polis buat roadblock..

ohh. NO!!!!!!


              abang polis ensem:  ke tepi..ke tepi...

              aku pun ke tepi...dalam otak aku ligat berfikir motor afika ni ada roadtax ke tak..

              abang polis ensem:  mintak ic,lesen..

              aku pun keluar kan..

              abang polis ensem:  adik lesen da mati ni..

              aku buat muka tak bersalah,,ingat kan dia main-main.. aku ambil dan check..

             aku: ohh..ni lesen lama..(lesen P yang da lama)

            aku keluar kan yang lain..dan bagi abang polis ensem..

            abang polis ensem: adik,lesen ni pun da mati..


aku cuak macam tersesak nafas je..aku rasa macam tali gantung ada kat leher aku.. Ya Allah,Kau ampun kan la hambaMU ini.. rupa-rupanya aku bagi lesen L aku yang lama,aku rasa tahun lepas dan sudah tamat tempoh..cari punya cari jumpa lesen terbaru aku, lesen penug gitu.. siap buat muka kerek lagi kat polis tu..

so,dengan senang hati aku,aku pun berlalu dengan menyanyi lagu hoore! hoore! ...nasib baik kau ada lesen.. kalau tak ada, alamat ibu membebel sebab nak tanggung saman..

pesanan: lesen yang tak guna tu korang campak je kat lokang tak pun humban kat gaung..simpan yang perlu saja..okay..

Sunday 12 May 2013

selamat tinggal SAYANG

ASSALAMUALAAIKUM...

Di kala aku menulis entry kali ni,aku rasa nak menangis dan menjerit..ohh..no!!!!!!ini lah kali terakhir aku menulis entry ini..rasa macam nak bengkak da mata ni menangis terus menerus..okay,korang tak payah fkir-fikir buruk pasal aku..aku bayar tau bill broadband aku..aku tak sanggup nak ucapkan selamat tinggal sayangku MR.BLOG...gempak tak tajuk entry aku kali ni..confirm member aku,afika teruja nak tau sangat kan..hahahaha....aku kalau bab-bab berlakon bagi la kat aku...untuk hari guru nanti aku kena berlakon..pegang watak jahat,so korang nanti kan entry aku pada masa akan datang..jahat sangat ke aku??jahat budak jahat..hehehe..
Owkay sebelum aku meneruskan perjuangan aku untuk merepek dengan lebih lanjut,aku nak betulkan fikiran korang yang sudah tersedia tak betul tu..hehehehe..aku gurau saja la..jangan ada niat nak saman aku pulak..hehehe..sebenarnya aku nak ucapkan selamat tinggal kat mr.Blog ni la..aku nak bagi tahu 'dia' jangan rindu aku sebab aku tak akan menziarahi 'dia' dalam masa 2 minggu ni..aku da nak exam untuk sem 2..so,kena struggle betul2 la..doakan aku tau korang..sayang korang..muaaaaaaaaahh..
okay aku tahu aku da terlebih sudah..hehehehe..
So,aku rasa macam tak ada point nak cakap apa-apa untuk entry kali ni..cuma nak bagi tau kat Mr.Blog kesayangan aku supaya jangan menangis..aku akan akan kembali lagi dengan cerita sensasi,hot dan gempak dalam masa 2 minggu..kiranya 2 minggu tu cuti berehat aku la..

okay,kepada korang yang baca blog aku ni aku bersyukur tak terhingga..sayang korang ketat..love u...

Thursday 9 May 2013

WELCOME lower 6..

ASSALAMUALAIKUM

semoga hari ni lebih baik daripada semalam..semoga hari ini menjadi hari indah buat kita semua..cehh..bermadah pulak aku hari ni.. 8 mei 2013,budak-budak SPM tahun lepas sudah menjejak kan kaki untuk masuk lower 6..muka sedih-sedih je semua..mesti dia orang fikir masuk form 6 atau ambil STPM adalah jalan terakhir yang dia orang miliki..pehh kalo aku dengar pun da sentap.. cuba ubah cara kita berfikir,maju setapak kehadapan dan befikir secara rasional..sebenarnya masuk form 6 satu jalan yang terbaik..universiti nak ambil pelajar pun dia orang akan utama pelajar-pelajar lepasan STPM..kerajaan Malaysia sangat mengambil berat dekat kita yang masuk form 6 ni tau..cikgu-cikgu form 6 selalu cakap sebelah kaki kita ni da selangkah masuk ke universiti cuma tinggal sebelah kaki saja terpisah di sekolah..hehehehe.. owkay,memang realiti sesapa masuk form 6 orang akan cakap budak sekolah,sebab apa??sebab kita berpakaian sekolah,terikat dengan peraturan sekolah..bukankah itu makin mendisiplinkan kita..cewahhh,,aku tak sangka aku boleh tulis benda alah yang mendatangkan faedah..hehehe..kalau 2 tahun lagi aku baca older post aku ni confirm aku gelak sampai senak perut..
kepada adik-adik yang da masuk form 6 untuk sesi 2013/2014 di SMK Raja Muda,selamat datang akak ucapkan..buktikan kepada semua orang yang kita mampu berjaya even jadi pelajar sekolah lagi..jangan bersedih..dengan kata seertinya jangan nak dok melalak setiap hari kerana terpaksa masuk form 6..kalau tak nak masuk or saja-saja ikut kawan,aku nasihat kat korang baik berhenti,,kang x memasal cikgu korang sakit kepala atau panas hati..sebab result-result korang 'gempak'..

sekian untuk hari ini,waktu ini,detik ini,jam ini,dan........apa-apa je la..

aku bagi korang tengok picture aku sebelum pergi sekolah..


owkay tak payah komen or ngumpat aku tau poyosss glerr..

bye korang,aku nak pergi sekolah..hehehehe..



Tuesday 7 May 2013

6 mei

ASSALAMUALAIKUM..

okay sorry kepada abang-abang aku dan akak aku..uhh tak lupa kepada akak ipar dan abang ipar aku jugak..alamak dua orang terlupa pulak anak buah aku,aliah dan afeef..sebab lambat sambut birthday ibu atau nenek yang tercinta..semalam 6 mei memang birthday ibu aku..aku dengan abang aku,Qaiyum da beli da kek dan hadiah tapi nak buat macam mana ibu aku demam,.jadi aku dengan abang aku sambut tadi..uhh..tak pe la kan.at least aku sambut jugak..aku akan make sure tahun depan aku nak wat surprise untuk ibu aku..tunggu entry aku untuk tahun depan dengan post tittle yang sama,,,cehh..

tadi sambut sederhana je walaupun tak meriah tetap menarik..errr...korang kalau nak tahu,aku ni kalau ada apa-apa party mesti nak belon..memandangkan aku terlupa nak beli belon jadi aku rasa tak lengkap sambutan hari jadi ibu aku..okay,forget it now...ibu pun rasa seronok je..siap tanya aku dapat duit daripada mana..hello,tak kan la aku nak bagi tahu kot..abang dan kakak aku yang bagi duit..ada la simpanan sikit..cehh..memandangkan first entry aku tadi da banyak sangat idea yang mencurah-curah dan segala ayat bombastik telah diguna jadi aku tak ada point lagi nak berceloteh..so happy birthday ibu..i love u sooooooooooooooooo much..muaaaaaaaaaahhh...
disebabkan ekonomi semakin gawat,almaklumla pertengahan tahun banyak benda nak bayar,aku pun hadiah kan ibu aku sekotak coklat berjenama ferrero rocher..



hadiah untuk ibu...


i love u ibu,muaaaahhh




kerja bangang

ASSALAMUALAIKUM

okay korang... walaupun jari jemari aku ni sangat sakit disebabkan menulis nota yang banyak namun aku mengigihkan jari ini untuk terus menerus menekan keyboard ini sedaya yang boleh..almaklum la exam untuk sem 2 nak dekat jadi fikir-fikir la,kena buat nota kan..semangat berkobar-kobar ni,,hehehe..

masa kat sekolah tadi cikgu Zalilah mintak aku tolong ambil kan surat kebenaran sebab kita orang nak kena pergi Bengkel Pengajian Perniagaan kat PPD MUAR..jadi dengan rasa malas + penat aku menggagahkan diri untuk melangkah ke Pejabat..aku pergi ke pejabat bukan keseorangan tapi bersama sahabat 'sengal-sengal ubi' ni..aku kalau layan member aku seorang ni sampai tahun depan pun belum tentu boleh habis..kepala dia ni gila-gila.. Aku bukannya malas nak pergi pejabat tu kalau korang nak tahu bukan jauh pun pejabat sekolah aku dengan bangunan kelas aku tu..tapi almaklum la,aku baru sahaja lepas rehat dengan melantak nasi goreng + ayam goreng..jadi mana larat nak turun naik..

so,aku tak nak jadi anak murid yang derhaka aku pun berjalan bersama sahabat sengal-sengal ubi yang bernama Amirah..kalau korang kenal Amirah ni konfem la aku jamin korang tak nak kawan dia lagi..pehh,kalau dia sound orang pedih sampai ke lubuk hati dan sanubari..aku berjalan sambil pegang tangan..*aku yang tambah*.. Aku pun sampai dengan Amirah kat pejabat tu..Amirah suka la pergi pejabat..sebab ada alasan yang tak masuk dek akal aku ni..sebab ada air-cond..okay aku rasa ni lawak..perangai macam budak-budak..aku pun ambil surat kebenaran dan keluar darii pejabat secepat mungkin..sebab aku tengah ada kelas dengan Puan Salmiah..

Disebabkan cuaca yang panas,aku pun menutup kepala aku dengan berlindungkan kertas kebenaran yang aku bawak tadi..biasalah kalau ada cahaya ada lah bayang-bayang..disebabkan umur kami sudah dewasa tapi tak berfikiran matang,kami siap main pijak bayang-bayang..okay mira buat lawak,dia kata dia sedang pijak kepala aku..aku pun siap join together dengan dia pijak bayang-bayang dia.siap berebut-rebut..for sure kalau budak 5 tahun tengok kita orang tadi konfem dia gelak terguling-guling sampai senak perut tak pun mesti dia orang fikir kita orang tak matang atau terencat akal..hahaha..

kita orang siap cari tempat yang ada bumbung supaya tak ada bayang-bayang kita orang..aku rasa aku macam sedang buat kerja bangang pulak..seriously aku teringat zaman-zaman dolu-dolu..kalau la zaman kanak-kanak boleh dibeli dengan wang tentunya aku akan beli..sebab kenangan  indah sentiasa sahaja menyeronokkan..











Monday 6 May 2013

kedai RM2..,

ASSALAMUALAIKUM.. semangat pulak aku nak tulis entry ni selepas galakkan,dorongan dan menyaport daripada member aku sorang ni..err..'menyaport'??ayat apa tu..sebenarnya daripada kata dasar 'support'..hahaha..kalau cikgu BM aku dengar aku punya bahasa ni,confirm dia menangis terguling-guling sebab ada anak murid macam aku,'genius'!!hehehe..masa kat sekolah,Afika tanya aku ,bila nak tulis my new entry..di sebabkan dia aku pun selepas balik sekolah membuka Mr.blog ni dan merepek-repek disini..let's join me..hahahahaha..
aku akan cerita kat korang semua rentetan cerita sampai aku pergi beli 'barang' dekat kedai RM2..sabtu lepas bersamaan 4 Mei 2013,aku dengan Afika pergi kedai buku nak beli buku la..tak kan pergi kedai buku beli basikal atau kek pulak kan??beli buku untuk penggal akan datang..then aku teringat nak beli kan anak buah aku bola..bola apa-apa la...asalkan ada bola..aku pun tanya Afika..

                     Aku: wei,kat sini ada jual bola tak??(kedai buku)

                    Afika: ko nak wat pe bola?ada la kot...

                   Aku: aku nak bagi anak buah aku la..aku da janji nak bagi hadiah hari jadi dia.    

                    ada ke?kalo tak ada nak beli dekat mana ahh??

                   Afika: beli je la kat kedai RM2..
                    
                   Aku: kat mana ahh??
                    Afika: Alah,dekat dengan econsave..nanti aku tunjuk kan..

So,lepas perbualan tu aku pun dengan Afika cepat2 beli buku tu..then pergi Cool Blog,da lama tak menikmati ice blended yang tersedaaaaaap di Muar..cehh,tak memasal kan? Aku beli perisa Vanilla Oreo dan Afika beli perisa Apple..after that.kita orang pergi Mc Donald,beli kan Aliah(anak buah aku) bubur..mama dia yang kirim..singgah sebentar di kedai roti sebelah Mc Donald beli roti..uhh,banyak kan kedai aku pergi..sebenarnya ni first time aku,di mana aku keluar berdua dengan Afika..lepas keluar dari Wetex tu,aku dengan Afika pergi tanjung,jalan-jalan cari pasal..kita orang tengok monyet,aku cakap entah-entah nanti kita orang jumpa 'monyet' lain ke..hehehe..

Selepas sakan merayap tak tentu pasal,aku dan Afika pergi kedai RM2..lebih kurang dalam 10 minit sampai la aku ke kedai RM2..aku jumpa la bola yang aku idamkan..ehh,macam mana nak ambil ni..kan tinggi..tahap ketinggian aku ni mana la sampai untuk mengambil bola itu..kemudian aku dan Afika cari la orang yang boleh membantu aku untuk mencapai bola itu..jalan punya jalan,cari punya cari jumpa la seorang mamat ni..handsome...tapi tak sehansem Hafiz Hamidun la..hahaha..then kita orang mintak tolong dia..dia dari tempat kita orang cari dia(orang yang keje kat kedai RM2) tak habis-habis senyum..kita orang rasa tudung kita orang tak senget..gigi tak go-ngak..

jadi mamat tu pun tolong ambil kan bola dan siap perli kita orang,tanya kita orang nak 10 ke bola tu??okayy,fine!!!layan kan saja..kemudian aku pun bayar bola tu..da la cashier tu macam terkesima melihat wajah aku yang cantik ni..mana taknya,siap bagi bola tu tanpa beg plastik..aku pulak yang menagih simpati meminta sehelai beg plastik..da tu dapat beg plastik besar pulak tu..okay,sangat lawak...then kita orang terus balik rumah dengan membawa sebiji bola berwarna merah bergambarkan Angry Bird..






Friday 3 May 2013

fakta atau auta?

ASSALAMUALAIKUM..hai kengkawan..tiba-tiba ada satu aura aku dapat dan ilham untuk tulis entry pagi-pagi buta ni...hahahaha.. okay,aku admit aku memang kuat menangis..tapi ada someone cakap dengan aku, orang yang lahir anak last ni iaitu anak bongsu ni memang suka menangis..hello,yeke?? menangis  ni kan anugerah..kalau kita menangis ni kita macam dapat satu aura dengan meluahkan segala-galanya..jadi aku  TAK bersetuju kalau orang kata anak bongsu ni kuat menangis,kuat merajuk or anything else..korang ni cuba berfikiran matang sikit..anak bongsu sebenarnya boleh berdikari tau..boleh buat semua kerja..tak semua anak bongsu suka merajuk dan suka menangis..

bola vs korea

ASSALAMUALAIKUM,kengkawan,sahabat yang sentiasa menyokong aku..*bajet hot stuff kejap*..hahahaha...
okay,korang tengok entry aku kali ni..for the first time,aku nak buat luahan perasaan yang tak puas hati kat member aku seorang ni...before that,kepada sahabat aku or member sekelas form 6 SMK Raja Muda yang tahu kewujudan blog aku ni dan selalu baca all my entry korang tak payah nak gedik nak heboh satu dunia yang aku tulis entry ni sebab tak puas hati dengan Mr.Gagap/Angry Bird..hahahaha..
mula-mula aku dengan Mr.Gagap borak-borak kosong sambil melihat aksi member aku mira dan afika yang explore segala facebook budak-budak yang sememangnya aku tak kenal..ohh,before aku terlupa bukan setakat facebook tetapi blog and twitter..hahahaha..~jangan marah ye~
then dekat wall post facebook afika keluar la pelbagai post berkaitan BOLA..aku tekan kan sekali lagi BOLA!! okay yang paling hot sekarang pasal JDT!!aku tak ambil port sangat..maaf ye..

nie antara conversations aku dengan Mr.Gagap nie..

aku: isyhh,budak laki ni asyik bola..bola..bola..bosan..!

Mr.Gagap: biarlah kan..tak kan nak korea pulak...

aku: hello,at least orang korea handsome2..

Mr.Gagap: da la mata orang korea sepet2,handsome kejadahnya..cakap entah ke apa2..

okay perbualan aku dengan dia harus diberhentikan serta merta..sebab kalo aku terus bertekak dengan dia alamat memang kita orang akan bermasam muka...dan aku, kalo orang buat muka masam mencuka aku tak kan layan dan tak mintak maaf...kahkahkahkah..
okay fathiah..sekarang aku harus belajar memahami lelaki memang sinonim dengan bola..huhuhu..sebenarnya aku tak fanatik sangat dengan korea..aku cuma minat gila dengan cerita sebab cerita korea berbeza dengan cerita melayu...itu yang aku dapat rungkaikan..hehehe..

# p/s: buat Mr.Gagap ko tak payah nak kutuk2 korea..sekian terima kasih #