Saturday 5 December 2015

feed the needy

assalamualaikum. . .

semakin hari semakin banyak pulak rintangan nak menulis blog ni. blog ni da macam rumah usang yang banyak sawang. hari aku perlu bekerja keras untuk membuat sawang yang menyemak kan mata. okay, stop kot kita merepek. tapi aku tahu, korang konfem rindu penulisan aku yang terseberapa hebat tapi penuh informasi. sangat. *tangan ke bahu mata ke atas,gedik*

nampak tak tajuk entry aku kali ni. "Feed the Needy".  ni salah satu program yang aku join latest ni kat UMS. aku nampak je program aku terus terlintas nak join. yelah, salah satu aktiviti program ni, memberi makanan kepada mereka yang memerlukan. kami diberi 3 kumpulan, satu kumpulan akan mengajar anak-anak penjaja pasar malam di kg.Air, dua kumpulan lagi edar makanan kepada geledangan. satu tempat di Sinuran, dan satu lagi di Segama. kumpulan aku kena edar makanan di Segama. jauh perjalanan kami mencari mereka yang memerlukan. aku ingat senang la nak cari orang, tapi rupanya susah. pusing punya pusing, alih-alih balik di kawasan yang first kami start tu. tak jumpa lagi orang yang benar-benar memerlukan. dalam perjalanan di lorong yang sunyi dan adanya timbunan sampah serta lopakan air yang berbau busuk, sudah pasti adanya beberapa ekor lipas berkeliaran. budak-budak kumpulan aku, ada yang menjerit nampak lipas berjalan dengan sopannya di depan mereka. lucu bila teringat kejadian ni.

jalan punya jalan, nampak sebuah keluarga yang menjual selipar di tepi jalan sambil membawa 3 orang anak. berhentinya kumpulan kami di keluarga tersebut dengan menghulur sedikit bantuan,mungkin dapat membantu mereka. in shaa Allah. kami menuruskan lagi perjalanan lagi ke suatu tempat. ternampak pakcik makcik yang sedang tidur di atas tempat macam troli angkat barang. Allahuakbar, sayu sungguh. nampak pula sekumpulan kanak-kanak sedang bermain. kami panggil mereka sambil memberi makanan. setelah habis makanan diedarkan, datang la seorang kanak-kanak lelaki kepada aku.

"kak,ada lagi makanan? ayah saya ndak dapat."
"da habis dik. "

sayu muka dia ketika itu. tak sampai hati pulak nak melihat. ada seorang kakak ni hulurkan duit kepada dia. senyum kembali terukit diwajah dia. sewaktu kami lalu untuk pulang ke destinasi, kanak-kanak itu sedang ralit menjamah makanan. lambaian terakhir kami  buat mereka. entah bila kita kan ke temu lagi. sebenarnya ramai mereka yang didunia ini tersangat memerlukan bantuan daripada kita, cuma antara kita sedar atau tidak sedar ja.

semoga setiap kaki yang melangkah menjadi rakaman di akhirat nanti. semoga setiap peluh yang membasahi muka menjadi bukti untuk menuju syurga. Allahuakbar.