Saturday 16 June 2012

my memory

assalamualaikum semua..semoga hari ini hari yang indah buat kita semua..

tadi saya kemas2 bilik saya..almaklum la,bak kata ibu saya bilik saya da macam sarang tikus da..satu habit saya ialah saya akan kemas bilik saya,bila rumah saya ada events..for example,rumah saya ada kenduri ke..hehehehehehe..dulu saya memang rajin kemas bilik..sebab saya duduk dalam bilik tu dengan kakak saya,tapi sekarang..memandangkan kakak saya da berkahwin,jadi bilik tu saya punya!!
saya tak ada la malas nak kemas bilik sangat,saya akan kemas bilik setiap malam sebelum saya tidur..tengah kemas bilik saya tadi,tiba2 saya terjumpa kad pelajar saya sekolah agama dulu dengan gambar saya kecik dulu..jeng3..saya terus ambil handphone saya dan snap picture ni..

sekian,terima kasih..

Friday 15 June 2012

NEW LOOKS!!!!

hai kawan2 semua..nie second post saya untuk this day..gila tak??dalam masa setengah jam je saya dah buat second post..sebab saya gila blog dan saya suka bercerita..just for your information,saya da tambah beberapa gadjet dalam blog saya..ini untuk menunjukkan yang saya dah update blog saya..hehehehehe..*bangga sikit*..ada picture yang saya add kat sebelah kanan..saya nak explain kat anda2 semua pasal gambar bayi yang bernama aliah batrisya..bayi tu ialah anak...anak sedara saya lah..dia lah first cucu dalam keluarga saya..jadi semua orang sayang dia..dia sangat comel..hehehehe..ada gambar yang new friends tu gambar kawan2 saya yang masuk form 6..sebenarnya tak de lah kawan baru pon,kami satu sekolah yang sama(ada beberapa orang dari sekolah lain),cuma kali tak satu kelas je..tu yang tak beberapa rapat..tapi sekarang rapat gilerr..
okay la sampai sini je la post saya untuk hari ni..

sekian,wasalam..

mencari sinar

assalamualaikum sahabat2 yang sentiasa saya kasihi kerana ALLAH..

semakin hari semakin banyak halangan yang perlu saya tempuhi..saya berharap agar ALLAH sentiasa menetapkan iman di dada dan sentiasa memberi saya hidayahNYA..betapa sukar ujian yang perlu saya hadapi,saya akan sentiasa bersabar..saya yakin akan janji ALLAH kepada hambaNya yang bersabar..

wahai sahabat sekalian,semoga hari2 yang mendatang akan ada sinar harapan untuk kita mengecapi kejayaan..biarlah kita mulai kehidupan kita dengan kegagalan,kerana saya pasti akan ada kejayaan apabila kita sentiasa berusaha,berdoa serta bertawakal kepada yang Maha Kuasa..biarlah kita tempuh onak dan duri untuk mencapai matlamat kita hidup di dunia iaitu mencari keredhaan ALLAH..saya sentiasa mengingat kan diri saya bahawa tiada kejayaan akan kita miliki sekiranya tiada usaha yang gigih..

ketika sahabat2 saya yang lain pergi meninggalkan saya(dia orang pergi sambung belajar dekat matrik dan universiti),baru saya tahu bahawa kita perlu belajar untuk hidup bersendirian..kerana suatu saat nanti ketika ALLAH memerintahkan malaikat mencabut nyawa kita,kita juga akan pergi dengan seorang diri..tiada sesiapa pon yang menemani kita,kecuali amalan2 kita..

saya sentiasa yakin bahawa sekiranya ALLAH menempatkan kita ke sesuatu tempat(macam saya kat form 6),ini bermakna ALLAH yakin bahawa kita mampu belajar dekat situ(form 6)..ALLAH tidak akan membebani sesuatu kaum,kerana DIA tahu hambaNya boleh melakukan..semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya..insyaALLAH..

sekian,wasalam..

Thursday 14 June 2012

sakitnya!!!

mungkin orang akan anggap saya seorang yang tidak mempunyai perasaan..tapi percayalah,bahawa saya telah jatuh cinta kepada seseorang..ya,tidak saya nafikan bahawa perasaan cinta ini merupakan anugerah ALLAH  yang tidak terhingga kepada hambaNya..alhamdulillah saya dapat mengawal lagi perasaan saya walaupun cinta saya tak terbalas..saya yakin akan jodoh pertemuan milik ALLAH..mana taknya cinta saya tak terbalas,orang yang saya cinta tu tak tau pon yang saya mencintainya..saya tak nak merosak kan hubungan persahabatan saya..lagi satu,saya mempunyai prinsip hidup..selagi saya bergelar pelajar sekolah,saya tidak akan bercinta..saya juga tak nak perigi cari timba..saya juga tau semua orang minat dia..dan saya sedar siapa diri saya..saya tak cantik macam orang lain..saya tak baik,dan macam2 lagi la..tapi bila dia nak tinggal saya seorang diri,saya rasa macam kehilangan dia..saya rasa sedih sehingga air mata saya mengalir membasahi pipi..first time,saya menangis sebab lelaki yang entah jodoh saya atau tidak..YA ALLAH,ANDAI DIA JODOH KU,KAU PERTEMUKAN KAMI DAN SATU KAN HATI KAMI SEPERTI MANA KAU MENYATUKAN HATI NABI MUHAMMAD S.A.W DAN SITI KHADIJAH..ku berharap kau dapat merasa kan cinta ku hanya kerana ALLAH..