Wednesday 26 June 2013

masa depan

Assalamualaikum..

Disebakan Indeks IPU jerebu naik secara mendadak kepada 700 lebih,jadi sekolah dekat Muar pun ditutup. Masa member aku bagi tahu tak sekolah masa tu,aku siap menangis berguling-guling sebab tak dapat pergi sekolah. Aku tahu mesti korang gelakkan aku dan cakap aku tipu. Memang! Memang aku tipu pun. Korang tanya la bebudak sekolah kat Malaysia ni. Apa yang paling dia orang suka? Confirm dia orang jawab cuti sekolah. Bila da cuti sekolah,mesti rasa bosan. Rindu nak jumpa kawan la. Sebenarnya bukan korang rindu pun dekat kawan korang. Tapi korang rindu nak jadi mak jemah bersama-sama member korang. Gossip sana la! Gossip sini la ! aku tau sangat la perangai korang tu .

Bila jiran aku yang kecik tau aku cuti sekolah, budak dua orang tu siap plan nak pergi rumah aku. Lain tak bukan, nak mengendeng kat aku la tu .Naik main game ! kalau dia orang datang confirm  computer aku jadi mangsa. Aku rasa kalau computer boleh menjerit pasti da menjerit. Mana takya,kalau dia main game bukannya satu jam,mahu mencecah dua hingga tiga jam. Budak-budak kan? Tak kan aku nak rotan pulak.

Lepas jiran aku yang bernama Ain tu bosan main game,mula la dia sibuk nak mengacau ibu aku di dapur. Yang adik dia memang kuat tidur,lepas main game dan makan nasi ditambah dengan kicap dan telur dia akan tidur. Senang kerja aku !
Ain tu mula merepek. Aku yang kat bilik tengah baca buku dengar je dia mebebel. Kalau dia bercakap satu hari tak kan habis. Membebal campur mengarut je kerjanya. Aku yang kat bilik dengar perbualan mesra dia dengan ibu aku.

Ain: cik min,anak kak long comel kan?
Ibu: a’ah. Memang comel. Ikut mama dia.
Ain: anak angah,afeef pun comel kan?
Ibu: ermm(ibu aku jawab acuh tak acuh),kak Ain ni asyik bercakap je. Tak reti nak tidur ke?
Ain dian sekejap. Lepas tu dia sambung lagi.
Ain:nanti mesti anak kak fathiah comel jugak kan?

Ibu tak jawab,terus tampar muka dia. Hahaha.. tak da la.. ibu terus kan memasak masa tu. Malas nak layan budak mulut becok tu.

Wow ! amazing la! Budak 6 tahun da boleh fikir masa depan. Yang aku tu pun tak terjangkau nak fikir ke tahap begitu. Anak? Huh.. aku plan nak kahwin pun 9 tahun lagi. Selepas di tambah ditolak di bahagi dan di darab masa tu umur aku 28 tahun. yang jiran aku tu da fikir aku akan kahwin dan aku akan dapat anak yang comel. Cis, memandai je. Bebudak sekarang da advance ! aku tabik la dengan budak-budak zaman globalisasi ni. Hehehehe..


*9 tahun lagi.. tunggu,entry aku masa tu.. cuba ko bayangkan aku kahwin dengan Amar Ashraf.. okay,lawak!

No comments:

Post a Comment