Wednesday 21 September 2016

ancik, yah rindu (part 1)

assalamualaikum . .

rasanya da berhabuk blog ni dek kerana kesibukan yang melanda dalam diri ini . sibuk dengan kuliah dan macam-macam lagi . *acah-acah rajin study *. untuk kesekian lamanya, akhirnya hati ini merelakan jari jemari bermain di atas keyboard . entah da berapa lama aku biarkan blog ni terbiar seperti tiada penghuni . kesian kau blog!

entry aku kali ni lebih menusuk kalbu, lebih sedih daripada entry sebelum ni . *mohon sediakan tisu sebanyak mungkin*

23 ogos 2016

tarikh ni tarikh keramat yang akan aku ingat sehingga nafas ini terhenti, sehingga jantung ini berhenti berdegup dan sehingga denyutan nadi ini terhenti . tarikh tu tarikh birthday aku . aku ulang sekali lagi birthday aku , and now I'm officially 22 years. masa raya tu, abang aku yang nombor 4, yg aku gelar ancik (panggilan dia dalam keluarga), janji dengan aku sebelum dia balik Melaka (tempat dia kerja), dia nak balik masa birthday aku .

"dik, nanti 23 haribulan ancik balik ye . jaga ibu ayah baik-baik", ~ancik~

time tu, hanya Allah yang tahu, betapa gembiranya hati seorang adik bila abangnya berjanji . selalunya aku akan sambut birthday dengan ayah n ibu , yelah, semua adik beradik kerja jauh . tak kan nak balik ke rumah semata-mata nak sambut birthday aku , tp, bila ancik ckp mcm tu, aku gembira sgt . ancik nak balik rumah semata-mata nak sambut birthday aku .

lebih kurang 1.30 pagi . .

time tu aku tersedar dari tidur . aku terdengar suara orang di dapur . aku pun menjengah ke ruang dapur, time tu aku nampak ibu menggigil. ayah suruh aku ambil kan air , aku ambil air untuk ibu , dalam keadaan yang mamai, ayah cakap, ancik excident dan ada kat ICU sekarang . Ya ! itu 'kejutan' dari ancik buat aku masa birthday aku . masa tu, aku diam . sebab otak aku tak berfungsi time tu . ayah suruh call adik beradik, sbb orang yg telefon ayah tu, cakap ancik dalam keadaan kritikal .

~bersambung~

No comments:

Post a Comment