Tuesday 23 December 2014

mood exam + rindu

Assalamualaikum..

tengah-tengah duk mengadap nota-nota lecturer bagi teringat pulak dekat laman sesawang yang dah bersawang ni. da berapa lama agaknya beta tak bukak blog ni. pejam celik. pejam celik da hampir satu semester beta habis kan masa belajar di UMS. banyak pengalaman yang boleh dicoretkan dalam kehidupan beta. Peh, menyampah pulak aku guna beta-beta ni. bukan aku anak raja pun. kalau la aku tulis segala kenangan pahit mahupun manis dekat UMS ni, konfem 40 hari 40 malam tak kan habis. begini la hidup di Universiti. Pengalaman sangat penting dan terlalu bernilai dan tidak mampu untuk dibeli dengan wang ringgit. wah, da lama aku tak bermadah pujangga ni. Kalau A. Samad Said tengok blog aku ni, konfem dia jadikan aku anak buah dia ni. okay, aku tahu aku kuat perasan.

ni pun tengah study week. lagi berapa jam je nak final exam. 4 hari x 24 jam = 96 jam. wah, final exam semakin hampir. kepada budak-budak u tu, gunakan la cuti study week ni untuk berstudy. bukan berjimba-jimba. wah, ayat sastera lagi tu. ni, aku nak pesan! pesanan ni kau org sentiasa dengar dan makin bosan pulak korang dengar. Make sure study smart not study hard. hahahaha.

kau bayangkanlah tengah-tengah study ni korang tengah pikul satu tanggungjwb orang tua kau. konfem kau terus tutup blog aku ni tanpa membaca. sebab nampak muka org tua korang tgh lihat korang kan. hehehehe. maksud aku, buat la terbaik untuk mereka yang kau sayang. perasaan rindu aku ni semakin membuak-buak da ni. da lama tak menatap wajah kesayangan aku. ibu dan ayah aku, tulang belakang selama aku hidup 20 tahun ni. agaknya, kalau balik ni, konfem aku makin gemuk. masakan ibu aku tu sampai boleh menjilat jari kaki tau. hahahaha..


p/s: angin bawalah rindu ku pada dia yang amat aku rindu.
#ibu&ayah

No comments:

Post a Comment