Monday 29 December 2014

aku student UMS

assalamualaikum.

wah,time mood exam la ni, ada datang ilham nak menulis blog. aku saja je nak memeriahkan blog aku yang tak berapa nak meriah ni. Maklum la, aku bukan feymes yang ada berpuluh-puluh ribu follower. ceh, merendah diri pulk nampaknya.

sekejap je, aku nak menghabiskan semester satu sebagai student Universiti Malaysia Sabah. kekadang rasa sedih pulak. banyak sebenarnya pengalaman yang aku tempuh even sekejap. dan masa ni la aku nak mengenali sifat dan perwatakan manusia. macam-macam ragam. macam-macam karenah. tapi yang ni la paling best. sebab kita boleh tengok sama ada orang tu jujur dengan kita atau sebaliknya. bha, gempak gitu je kan aku cakap.

tapi aku nak korang tahu, kat sini aku perlu berdikari. kau bayangkan lah aku tak balik rumah dari bulan 9. peh, kalau la sabah dan johor ni dekat. konfem aku balik setiap minggu. tapi aku bukan kaya pun. orang kaya pun, belum tentu balik tiap-tiap minggu kan? jauh betul sabah dengan johor tu beb. dah, jangan serabutkan fikiran korang, lagi 18 hari aku nak balik rumah. rindu nak makan benda yang pedas, yang boleh buat perut aku sakit tanpa henti. tapi itu la nikmat!





p/s: ustaz cakap, kalau rindu letak tangan di dada dan baca surah al-fatihah. semoga orang yang kita rindu, dapat merasainya. ecehhhhh. selamat mencuba ye sahabat-sahabat sekalian.

No comments:

Post a Comment