Tuesday, 9 September 2014

al-kisah persahabatan

assalamualaikum..

hai semua orang. rindu kan nak baca entry aku hari ni. terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca yang follow aku. ceh, da macam menang award kan. bila teringat kawan-kawan, sahabat-sahabat boleh mengeluarkan air mata tau. dulu masa sekolah tadika ke sekolah rendah ke ataupun sekolah menengah boleh je kita hangout sama-sama. berbual sama-sama. duk lepak anyam ketupat sama-sama. tapi semua akan berubah bila kita tamat sekolah. sedih tau. time sekarang barulah kita sedar yang detik kita bersama adalah
saat yang paling indah. wow! da bermadah pujangga kan .




kali terakhir aku jumpa sahabat aku pada 25 ogos 2014. boleh jadi tarikh bersejarah kan. ada la jugak yang lepas exam form 6 je terus tak jumpa-jumpa. kekangan masa, dan kerja-kerja di dunia menyebabkan kami tak dapat bersama. ceh, ini semua poyo. sekarang! kami menjalani kehidupan masing-masing. ada sambung belajar, ada kerja. agak-agaknya bila la kita nak bersama macam dahulu kala. mungkin dalam mimpi gamaknya.


p/s: masa bersama sahabat adalah detik paling indah.



Monday, 8 September 2014

come back home

Assalamualaikum..

wah, dah lama gilerrrrr kan aku tak update cerita panas lagi sensasi kat sini. dah 8 bulan tak update rasanya. lama tu. kalau orang nak beranak tinggal tunggu satu bulan je lagi kan. sungguh sadis. memandangkan entry aku yang terakhir masa tu ber'tittle'kan 'penganggur terhormat', ni aku nak cerita sikit sambungan kehidupan aku. lepas tunggu punya tunggu,akhirnya aku dapat kerja sambilan pada 7 Januari 2014. gempak kan aku boleh ingat.

aku berhenti kerja pun pada hari last puasa. nak tau kenapa aku berhenti? mak jemah jugak korang ni kan. masa tu, keputusan universiti dah nak keluar. jadi aku pulak, tak suka orang tanya aku macam-macam. so,aku ambil keputusan nak berhenti kerja.

duduk rumah hampir sebulan jugak la,nak tunggu panggilan masuk universiti. hari keputusan universiti keluar, aku saje je nak check result universiti lambat-lambat. lebih kurang pukul 12.45 p.m, keputusan aku keluar. nak menangis ada. nak gembira ada. nak mintak perubahan universiti pun ada. tapi, aku yakin akan ketentuan Ilahi.

so,just accept your faith. peace!
p/s: tak semua apa yang kita nak,kita akan dapat.

Thursday, 26 December 2013

penganggur terhormat

assalamualaikum..

serius aku da lama tak bukak blog ni. da bersawang da blog ni aku rasa. jadi yang rindu terbaru entry aku,ni aku hadiahkan kau post tittle 'penganngur terhormat'. cehh,da macam aku buat filem je kan. kepada sahabat handai yang aku cintai dan yang rindui, entry aku buat ni khas untuk korang tahu pengembangan terbaru aku. hahahahaha. Rasanya da sebulan aku duduk rumah tanam anggur a.k.a penganggur.. rasanya da banyak tempat area parit jawa hingga muar aku cari kerja. tapi tak jumpa- jumpa. Samapai aku naik fed-up. So, bila da ada rasa macam tu aku pun tak ada feel nak kerja. Seingat aku last aku cari kerja kat seorang pakcik yang mengusahakan IKS. Peh,bukan aku nak kutuk pakcik tu,tapi pakcik tu interview macam aku nak kerja dengan dia sepanjang hayat aku je. So,balik dari mencari kerja yang aku tak tahu status aku sekarang sama ada dapat kerja ke tak, aku pun buka facebook nak meng'update' status.


so, biar aku terang kan status di atas bukan lah berkaitan lelaki ke atau aku desperate nak cari pakwe yang tinggalkan aku. Ini semua adalah berkaitan KERJA. Saja je aku nak buat gempak kat status aku. hahaha. Baru aku tahu sekarang betapa susah nya nak mencari kerja. Sedangkan aku nak kerja sementara je. sekarang aku tak ada idea nak cari kerja kat mana.. Da tak ada mood da. Jadi biar lah aku jadi penganggur terhormat di rumah. hahahaha..

p/s: kadand-kadang kita perlu merasa kesusahan supaya kita sedar nak mencari sesuatu perlukan usaha yang berterusan.

Sunday, 18 August 2013

bila da nak sekolah

assalamualaikum..

da lama rasa nya aku tak menaip.. tangan pun da gatal nak tekan keyboard laptop ni.. rasanya entry untuk bulan syawal pun tak ada. mana taknya,tak da masa nak mengadap blog ni. almaklum la sibuk bebenor pergi raya rakan-rakan.. bila kita sibuk sakan nak raya,kerja sekolah yang cikgu bagi masa cuti sekolah pon tak siap kan. so aku nak masuk kan cerita aku ni.

semalam semua sepupu aku yang berumur 8 tahun sibuk nak datang rumah aku. ingat kan nak raya. tapi seingat aku dia orang da datang rumah aku masa raya kedua tu. okay aku bagi tahu terus nama sepupu aku tu. budak pompuan yang namanya Nana. dia datang rumah aku pukul 10 pagi. so,aku layan la dia macam orang datang rumah nak raya. tiba-tiba dia tanya aku.

'kak yah,sibuk tak'

'kenapa'

'kalo orang tnya jawab la'

'wah,nak marah aku pulak! tak ada sibuk pun'

'ajar kan kerja sekolah,boleh'

'wah2.. esok nak sekolah,ko tak siap kan kerja sekolah lagi ke? sakan beraya nampak'

dia pon buat endah tak endah aku cakap. siap keluar kan kerja sekolah dia yang melambak-lambak. punyalah banyak yang tak siap. aku pun ajar la yang mana aku. sampai la pukul 2 petang aku tengok dia tak siap-siap buat. jadi dengan rasa baik hati aku pun tolong buat kan kerja sekolah tu. siap tanya dia macam mana nak buat tulisan buruk ! almaklumla tulisan bebudak. macam cakar ayam. kalau ayam tengok pun agaknya ayam tu menangis teresak-esak. siap berguling-guling gitu agaknya.

dekat pukul 4 petang kerja sekolah dia siap ! kemudia dia makan dan tertidur. kalau aku dolu-dolu kerja sekolah tak siap confirm buat kerja sekolah terkocoh-kocoh dan esok nya aku tak akan datang sekolah. sebab apa. sebab sakit kepala. hahaha.. lepas sepupu aku balik,jiran aku yang tingkatan 1 datang rumah. nak suruh print kan. da la aku da lama tak guna print. kemudian aku pulak yang sakit kepala. dengan ink printer tak ada. last-last aku mintak tolong member aku yang print. senang cerita !

p/s: kepada adik-adik kat keluar sana jangan buat homework last minute.

Monday, 8 July 2013

pengalaman puasa

Assalamualaikum..

Pejam celik.. Pejam celik.., tinggal beberapa saat,minit dan jam je,tup-tup da nak puasa. Yang pejam tak celik-celik,da bahaya tu! Lepas baca entry aku ,make sure korang buat wasiat.. Hehehehe.. yang tak ganti puasa lagi harap maaf,aku tak benarkan baca entry aku.. gurau je la.. jangan simpan dalam hati,kan nak puasa tak payah nak marah-marah ni. tak baik..

Bila nak puasa ni,mesti aku teringat dua kisah menarik yang aku tak akan lupa. Kisah yang bakal aku story morry ni jangan lupa nak ambil iktibar dan dijadikan pendoman hidup. Adik-adik PMR yang tengah baca entry aku,korang tak payah nak menggatal nak baca. Trial PMR hujung bulan ni,pergi study sana. Entry aku bukan boleh masuk periksa pun. Tak ada isi penting pon nak dibuat karangan atau essay bahasa inggeris. Betul tak? Kalau cikgu bahasa baca entry aku confirm  dia orang berterima kasih kat aku sebab suruh anak-anak murid dia belajar. Tip top kau fathiah!

Cerita pertama:

     Cerita ni lebih kurang 2 tahun lepas yang lalu. Bila puasa budak-budak pompuan macam aku yang rajin tolong ibu kat dapur mesti suka tengok buku masakan. Yelah,nanti boleh berangan masak ala-ala Master Chef. So,bila da membelek-belek buku masakan sampai lunyai teringin jugak nak masak ikut resipi yang telah ditetapkan. Petang sebelum buka tu,ibu aku ke dapur nak masak. Jadi aku promote la diri nak masak untuk keluarga aku. Aku ingat lagi Nasi Goreng Tom Yam dan Ayam Goreng Halia. Wow! Menarik. Aku tengok gambar hidangan dalam buku masakan pun da kecur air liur aku ni. siap terbayang-bayang masakan aku akan sama persis dalam buku masakan tu. 

     Masa tu azan lagi 5 minit,masakan pun da siap dan dihidangkan cantik tersusun rapi. Bila je habis baca doa berbuka puasa,ayah aku terus cedok nasi goreng tom yam kat dalam pinggan dia. Banyak gila,ayah aku ambil. Ayah aku pun kata ‘okay’. Aku pun makan. Oh,my God! Tak sedap langsung,nasi tu rasa masam sangat dan ayam goreng halia tawar sesangat. Nampak sangat ayah saja nak bagi aku kembang hidung. Tapi agak-agak kan? Malam tu ayah tak pergi terawih sebab berak-berak. Ayah memang allergic makanan pelik,mula la nanti perut dia meragam.


aireel zafril tak ada kena mengena pon dengan aku punya pengalaman,saja je jadikan selingan.. buat tatapan mata..


Cerita kedua:

Kisah ni berlaku kira-kira tahun lepas. Almaklum la budak tengah menggian nak drive kereta. Jadi ibu pun bagi ambil lesen kereta. Tup-tup lesen dapat bulan puasa tahun lepas. Jadi aku ghairah nak drive kereta abang ipar aku tu. Aku masa tu lepas hantar ibu pergi bazar ramadhan. Jadi kereta pun banyak. Jalan punya la sempit,muat-muat untuk dua buah kereta je. Aku pun suruh ibu turun dulu,konon-konon tak nak susah kan ibu nak jalan kaki la. Niat di hati nak parking kereta dulu baru follow ibu nanti. Ada kereta bangang mana entah yang parking kat tepi jalan.

 Da la first time drive kereta,nasib baik cermin kereta orang tu tak bergesel,kalau tak mati la aku kena ganti. Aku pun fikir aku da selamat. Rupa-rupanya tak selamat lagi. Ada apek tua buat jualan kat tepi jalan. Apek tu jual tali pinggang la,dompet la.. barang-barang tu,apek tu letak atas meja. Punya la aku gugup dan tak boleh control kereta,aku main sambar je meja apek tu dengan kereta MyVi abang ipar aku. Peh,jantung masa tu macam nak berhenti je. Kang tak memasal apek tu,belit tali pinggang tu kat leher aku ke. Nasib baik dia berperikemanusiaan,apek tu suruh aku jalan je. Kalau aku berhenti alamat jammed la bazar ramadhan hari tu. terima kasih apek. Lepas je dapat parking aku pergi mintak maaf kat apek tu,nasib baik dia cool. Kalau tak nahas aku kalau apek tu sumbat dompet tu dalam mulut aku.

p/s: Kekadang benda yang kelakar banyak bagi pengalaman dan mampu membuat kita tersenyum sendiri. Cuba bayangkan kalau aku terlanggar gerai orang tengah masak mee goreng dekat bazar ramadhan tu,aku rasa mungkin makcik atau pakcik lari laju-laju,terajang kereta tu kan. Okay lagi kalau terajang kereta tu,kalau terajang aku?


Wednesday, 26 June 2013

masa depan

Assalamualaikum..

Disebakan Indeks IPU jerebu naik secara mendadak kepada 700 lebih,jadi sekolah dekat Muar pun ditutup. Masa member aku bagi tahu tak sekolah masa tu,aku siap menangis berguling-guling sebab tak dapat pergi sekolah. Aku tahu mesti korang gelakkan aku dan cakap aku tipu. Memang! Memang aku tipu pun. Korang tanya la bebudak sekolah kat Malaysia ni. Apa yang paling dia orang suka? Confirm dia orang jawab cuti sekolah. Bila da cuti sekolah,mesti rasa bosan. Rindu nak jumpa kawan la. Sebenarnya bukan korang rindu pun dekat kawan korang. Tapi korang rindu nak jadi mak jemah bersama-sama member korang. Gossip sana la! Gossip sini la ! aku tau sangat la perangai korang tu .

Bila jiran aku yang kecik tau aku cuti sekolah, budak dua orang tu siap plan nak pergi rumah aku. Lain tak bukan, nak mengendeng kat aku la tu .Naik main game ! kalau dia orang datang confirm  computer aku jadi mangsa. Aku rasa kalau computer boleh menjerit pasti da menjerit. Mana takya,kalau dia main game bukannya satu jam,mahu mencecah dua hingga tiga jam. Budak-budak kan? Tak kan aku nak rotan pulak.

Lepas jiran aku yang bernama Ain tu bosan main game,mula la dia sibuk nak mengacau ibu aku di dapur. Yang adik dia memang kuat tidur,lepas main game dan makan nasi ditambah dengan kicap dan telur dia akan tidur. Senang kerja aku !
Ain tu mula merepek. Aku yang kat bilik tengah baca buku dengar je dia mebebel. Kalau dia bercakap satu hari tak kan habis. Membebal campur mengarut je kerjanya. Aku yang kat bilik dengar perbualan mesra dia dengan ibu aku.

Ain: cik min,anak kak long comel kan?
Ibu: a’ah. Memang comel. Ikut mama dia.
Ain: anak angah,afeef pun comel kan?
Ibu: ermm(ibu aku jawab acuh tak acuh),kak Ain ni asyik bercakap je. Tak reti nak tidur ke?
Ain dian sekejap. Lepas tu dia sambung lagi.
Ain:nanti mesti anak kak fathiah comel jugak kan?

Ibu tak jawab,terus tampar muka dia. Hahaha.. tak da la.. ibu terus kan memasak masa tu. Malas nak layan budak mulut becok tu.

Wow ! amazing la! Budak 6 tahun da boleh fikir masa depan. Yang aku tu pun tak terjangkau nak fikir ke tahap begitu. Anak? Huh.. aku plan nak kahwin pun 9 tahun lagi. Selepas di tambah ditolak di bahagi dan di darab masa tu umur aku 28 tahun. yang jiran aku tu da fikir aku akan kahwin dan aku akan dapat anak yang comel. Cis, memandai je. Bebudak sekarang da advance ! aku tabik la dengan budak-budak zaman globalisasi ni. Hehehehe..


*9 tahun lagi.. tunggu,entry aku masa tu.. cuba ko bayangkan aku kahwin dengan Amar Ashraf.. okay,lawak!

Tuesday, 11 June 2013

sahabat selmanya..


Assalamualaikum ..

hai korang,aku serius rindu gila kat blog ni.. dan aku percaya jugak dan pasti seratus per dua ratus yang korang rindu aku jugak ,kan.. kan.. kan? okay,korang tak payah nak muntah darah atau menyampah tahap gaban dengan aku .. ada aku kisah ke.. korang tengok tajuk entry aku kali ni.. aku cakap tengok la, bukan sambung baca.. cepat ! hahahaha.. entry aku kali ini buat sahabat aku yang sekian lama aku tak keluar dengan dia orang.. tak lepak sama-sama.. maklum la, selepas result SPM keluar, kita orang buat haluan masing-masing.. ada yang merantau ke Terengganu, ada yang pergi Melaka dan ada yang dok lepak kat rumah.. ohh,korang jangan ingat yang dok lepak kat rumah tu dia dok goyang kaki sambil menari cha cha tau .. member aku sorang tu, baru tamat belajar di Matrik,Tangkak.. tengah  tunggu result nak masuk U.

korang pernah dengar pasal hari persahabatan .. yang tak pernah dengar tu, korang boleh terus kan membaca .. yang da pernah dengar, korang boleh pergi close aku punya blog ini.. okay,guys.. let's me continue .. tahun ni,kita orang sambut hari persahabatan kita orang awal .. sepatutnya 6 hari bulan 6 setiap tahun kita orang akan sambut tapi al maklum la, cuti semester member aku da nak habis .. lagipun dia kena balik awal.. jadi kita orang sambul awal pada 1 hari bulan 6..

so,pukul 1 tengah hari member aku datang drive kereta pergi rumah aku.. then, dia ambil aku, sebab aku lah orang yang kena drive ! cis, baru nak jadi mem besar , goyang kaki sambil dengar lagu forteen ,tetiba kena drive pulak .. nasib baik dia kawan aku ! aku pun pergi ambil budak- budak ni lagi tiga orang .. kita orang apa lagi pergi ke tempat- tempat yang di plan..

first kita orang pergi secret recipe .. kita orang tak makan kat situ , sebab da plan nak makan kat KFC .. lepas membeli kek , pergi KFC ..

kita orang snap picture kat KFC !




ni makanan setelah kita orang melantak !

                                 
semua nak promote kek ! so delicious !

                                         
lepas makan dan mengenyangkan perut ,kita orang dok lepak kat tanjung..

korang tak payah tengok yang lain, tengok aku je !


ni last sekali,member aku bagi small note untuk aku .. sayang korang ketat- ketat ..


                                  

p/s: hargai sahabat korang selagi korang ada sahabat..