Friday 15 June 2012

mencari sinar

assalamualaikum sahabat2 yang sentiasa saya kasihi kerana ALLAH..

semakin hari semakin banyak halangan yang perlu saya tempuhi..saya berharap agar ALLAH sentiasa menetapkan iman di dada dan sentiasa memberi saya hidayahNYA..betapa sukar ujian yang perlu saya hadapi,saya akan sentiasa bersabar..saya yakin akan janji ALLAH kepada hambaNya yang bersabar..

wahai sahabat sekalian,semoga hari2 yang mendatang akan ada sinar harapan untuk kita mengecapi kejayaan..biarlah kita mulai kehidupan kita dengan kegagalan,kerana saya pasti akan ada kejayaan apabila kita sentiasa berusaha,berdoa serta bertawakal kepada yang Maha Kuasa..biarlah kita tempuh onak dan duri untuk mencapai matlamat kita hidup di dunia iaitu mencari keredhaan ALLAH..saya sentiasa mengingat kan diri saya bahawa tiada kejayaan akan kita miliki sekiranya tiada usaha yang gigih..

ketika sahabat2 saya yang lain pergi meninggalkan saya(dia orang pergi sambung belajar dekat matrik dan universiti),baru saya tahu bahawa kita perlu belajar untuk hidup bersendirian..kerana suatu saat nanti ketika ALLAH memerintahkan malaikat mencabut nyawa kita,kita juga akan pergi dengan seorang diri..tiada sesiapa pon yang menemani kita,kecuali amalan2 kita..

saya sentiasa yakin bahawa sekiranya ALLAH menempatkan kita ke sesuatu tempat(macam saya kat form 6),ini bermakna ALLAH yakin bahawa kita mampu belajar dekat situ(form 6)..ALLAH tidak akan membebani sesuatu kaum,kerana DIA tahu hambaNya boleh melakukan..semoga hidup kita sentiasa mendapat keberkatan dariNya..insyaALLAH..

sekian,wasalam..

No comments:

Post a Comment