Monday, 7 September 2015

welcome back

assalamualaikum semua..

serius kot aku rindu plus plus plus nak update blog ni. sungguh busy yang teramat sangat sehingga tak mampu nak menulis blog ni. orang lain pun busy jugak, tapi aku punya busy ni mengalahkan perdana menteri. hehehehe. just joke guys. yang rindu aku, behave yourself okay. one day pasti kita jumpa. hahahaha. cuti semester lepas, merupakan cuti yg paling seronok gila la. sebab dapat raya sama-sama keluarga, walaupun first day puasa kat Sabah. tapi kat sini la aku belajar berdikari.

kau tak tahu macam mana rindu nya berjauhan dgn family. tapi dalam kehidupan ni perlukan pengorbanan. masa raya dapat la keluar beraya dgn kawan2 yg tercinta. cewaahhh. dpt hangout sama-sama dia org. dpt gelak sama-sama. yg penting dpt bahan antara satu sama lain. bila kita da sekepala dgn seseorg ni, kau bhn teruk mcm mana pun, dia tetap tak terasa. itu namanya persahabatan. bukan fitnah sana sini. opsss, I terlepas cakap pulak.

raya pertama *cuma keluarga abg aku je yg tak de*

geng form 5 SMK Raja Muda

geng jemah in the house

Monday, 29 December 2014

aku student UMS

assalamualaikum.

wah,time mood exam la ni, ada datang ilham nak menulis blog. aku saja je nak memeriahkan blog aku yang tak berapa nak meriah ni. Maklum la, aku bukan feymes yang ada berpuluh-puluh ribu follower. ceh, merendah diri pulk nampaknya.

sekejap je, aku nak menghabiskan semester satu sebagai student Universiti Malaysia Sabah. kekadang rasa sedih pulak. banyak sebenarnya pengalaman yang aku tempuh even sekejap. dan masa ni la aku nak mengenali sifat dan perwatakan manusia. macam-macam ragam. macam-macam karenah. tapi yang ni la paling best. sebab kita boleh tengok sama ada orang tu jujur dengan kita atau sebaliknya. bha, gempak gitu je kan aku cakap.

tapi aku nak korang tahu, kat sini aku perlu berdikari. kau bayangkan lah aku tak balik rumah dari bulan 9. peh, kalau la sabah dan johor ni dekat. konfem aku balik setiap minggu. tapi aku bukan kaya pun. orang kaya pun, belum tentu balik tiap-tiap minggu kan? jauh betul sabah dengan johor tu beb. dah, jangan serabutkan fikiran korang, lagi 18 hari aku nak balik rumah. rindu nak makan benda yang pedas, yang boleh buat perut aku sakit tanpa henti. tapi itu la nikmat!





p/s: ustaz cakap, kalau rindu letak tangan di dada dan baca surah al-fatihah. semoga orang yang kita rindu, dapat merasainya. ecehhhhh. selamat mencuba ye sahabat-sahabat sekalian.

Tuesday, 23 December 2014

mood exam + rindu

Assalamualaikum..

tengah-tengah duk mengadap nota-nota lecturer bagi teringat pulak dekat laman sesawang yang dah bersawang ni. da berapa lama agaknya beta tak bukak blog ni. pejam celik. pejam celik da hampir satu semester beta habis kan masa belajar di UMS. banyak pengalaman yang boleh dicoretkan dalam kehidupan beta. Peh, menyampah pulak aku guna beta-beta ni. bukan aku anak raja pun. kalau la aku tulis segala kenangan pahit mahupun manis dekat UMS ni, konfem 40 hari 40 malam tak kan habis. begini la hidup di Universiti. Pengalaman sangat penting dan terlalu bernilai dan tidak mampu untuk dibeli dengan wang ringgit. wah, da lama aku tak bermadah pujangga ni. Kalau A. Samad Said tengok blog aku ni, konfem dia jadikan aku anak buah dia ni. okay, aku tahu aku kuat perasan.

ni pun tengah study week. lagi berapa jam je nak final exam. 4 hari x 24 jam = 96 jam. wah, final exam semakin hampir. kepada budak-budak u tu, gunakan la cuti study week ni untuk berstudy. bukan berjimba-jimba. wah, ayat sastera lagi tu. ni, aku nak pesan! pesanan ni kau org sentiasa dengar dan makin bosan pulak korang dengar. Make sure study smart not study hard. hahahaha.

kau bayangkanlah tengah-tengah study ni korang tengah pikul satu tanggungjwb orang tua kau. konfem kau terus tutup blog aku ni tanpa membaca. sebab nampak muka org tua korang tgh lihat korang kan. hehehehe. maksud aku, buat la terbaik untuk mereka yang kau sayang. perasaan rindu aku ni semakin membuak-buak da ni. da lama tak menatap wajah kesayangan aku. ibu dan ayah aku, tulang belakang selama aku hidup 20 tahun ni. agaknya, kalau balik ni, konfem aku makin gemuk. masakan ibu aku tu sampai boleh menjilat jari kaki tau. hahahaha..


p/s: angin bawalah rindu ku pada dia yang amat aku rindu.
#ibu&ayah

Tuesday, 9 September 2014

al-kisah persahabatan

assalamualaikum..

hai semua orang. rindu kan nak baca entry aku hari ni. terima kasih diucapkan kepada pembaca-pembaca yang follow aku. ceh, da macam menang award kan. bila teringat kawan-kawan, sahabat-sahabat boleh mengeluarkan air mata tau. dulu masa sekolah tadika ke sekolah rendah ke ataupun sekolah menengah boleh je kita hangout sama-sama. berbual sama-sama. duk lepak anyam ketupat sama-sama. tapi semua akan berubah bila kita tamat sekolah. sedih tau. time sekarang barulah kita sedar yang detik kita bersama adalah
saat yang paling indah. wow! da bermadah pujangga kan .




kali terakhir aku jumpa sahabat aku pada 25 ogos 2014. boleh jadi tarikh bersejarah kan. ada la jugak yang lepas exam form 6 je terus tak jumpa-jumpa. kekangan masa, dan kerja-kerja di dunia menyebabkan kami tak dapat bersama. ceh, ini semua poyo. sekarang! kami menjalani kehidupan masing-masing. ada sambung belajar, ada kerja. agak-agaknya bila la kita nak bersama macam dahulu kala. mungkin dalam mimpi gamaknya.


p/s: masa bersama sahabat adalah detik paling indah.



Monday, 8 September 2014

come back home

Assalamualaikum..

wah, dah lama gilerrrrr kan aku tak update cerita panas lagi sensasi kat sini. dah 8 bulan tak update rasanya. lama tu. kalau orang nak beranak tinggal tunggu satu bulan je lagi kan. sungguh sadis. memandangkan entry aku yang terakhir masa tu ber'tittle'kan 'penganggur terhormat', ni aku nak cerita sikit sambungan kehidupan aku. lepas tunggu punya tunggu,akhirnya aku dapat kerja sambilan pada 7 Januari 2014. gempak kan aku boleh ingat.

aku berhenti kerja pun pada hari last puasa. nak tau kenapa aku berhenti? mak jemah jugak korang ni kan. masa tu, keputusan universiti dah nak keluar. jadi aku pulak, tak suka orang tanya aku macam-macam. so,aku ambil keputusan nak berhenti kerja.

duduk rumah hampir sebulan jugak la,nak tunggu panggilan masuk universiti. hari keputusan universiti keluar, aku saje je nak check result universiti lambat-lambat. lebih kurang pukul 12.45 p.m, keputusan aku keluar. nak menangis ada. nak gembira ada. nak mintak perubahan universiti pun ada. tapi, aku yakin akan ketentuan Ilahi.

so,just accept your faith. peace!
p/s: tak semua apa yang kita nak,kita akan dapat.

Thursday, 26 December 2013

penganggur terhormat

assalamualaikum..

serius aku da lama tak bukak blog ni. da bersawang da blog ni aku rasa. jadi yang rindu terbaru entry aku,ni aku hadiahkan kau post tittle 'penganngur terhormat'. cehh,da macam aku buat filem je kan. kepada sahabat handai yang aku cintai dan yang rindui, entry aku buat ni khas untuk korang tahu pengembangan terbaru aku. hahahahaha. Rasanya da sebulan aku duduk rumah tanam anggur a.k.a penganggur.. rasanya da banyak tempat area parit jawa hingga muar aku cari kerja. tapi tak jumpa- jumpa. Samapai aku naik fed-up. So, bila da ada rasa macam tu aku pun tak ada feel nak kerja. Seingat aku last aku cari kerja kat seorang pakcik yang mengusahakan IKS. Peh,bukan aku nak kutuk pakcik tu,tapi pakcik tu interview macam aku nak kerja dengan dia sepanjang hayat aku je. So,balik dari mencari kerja yang aku tak tahu status aku sekarang sama ada dapat kerja ke tak, aku pun buka facebook nak meng'update' status.


so, biar aku terang kan status di atas bukan lah berkaitan lelaki ke atau aku desperate nak cari pakwe yang tinggalkan aku. Ini semua adalah berkaitan KERJA. Saja je aku nak buat gempak kat status aku. hahaha. Baru aku tahu sekarang betapa susah nya nak mencari kerja. Sedangkan aku nak kerja sementara je. sekarang aku tak ada idea nak cari kerja kat mana.. Da tak ada mood da. Jadi biar lah aku jadi penganggur terhormat di rumah. hahahaha..

p/s: kadand-kadang kita perlu merasa kesusahan supaya kita sedar nak mencari sesuatu perlukan usaha yang berterusan.

Sunday, 18 August 2013

bila da nak sekolah

assalamualaikum..

da lama rasa nya aku tak menaip.. tangan pun da gatal nak tekan keyboard laptop ni.. rasanya entry untuk bulan syawal pun tak ada. mana taknya,tak da masa nak mengadap blog ni. almaklum la sibuk bebenor pergi raya rakan-rakan.. bila kita sibuk sakan nak raya,kerja sekolah yang cikgu bagi masa cuti sekolah pon tak siap kan. so aku nak masuk kan cerita aku ni.

semalam semua sepupu aku yang berumur 8 tahun sibuk nak datang rumah aku. ingat kan nak raya. tapi seingat aku dia orang da datang rumah aku masa raya kedua tu. okay aku bagi tahu terus nama sepupu aku tu. budak pompuan yang namanya Nana. dia datang rumah aku pukul 10 pagi. so,aku layan la dia macam orang datang rumah nak raya. tiba-tiba dia tanya aku.

'kak yah,sibuk tak'

'kenapa'

'kalo orang tnya jawab la'

'wah,nak marah aku pulak! tak ada sibuk pun'

'ajar kan kerja sekolah,boleh'

'wah2.. esok nak sekolah,ko tak siap kan kerja sekolah lagi ke? sakan beraya nampak'

dia pon buat endah tak endah aku cakap. siap keluar kan kerja sekolah dia yang melambak-lambak. punyalah banyak yang tak siap. aku pun ajar la yang mana aku. sampai la pukul 2 petang aku tengok dia tak siap-siap buat. jadi dengan rasa baik hati aku pun tolong buat kan kerja sekolah tu. siap tanya dia macam mana nak buat tulisan buruk ! almaklumla tulisan bebudak. macam cakar ayam. kalau ayam tengok pun agaknya ayam tu menangis teresak-esak. siap berguling-guling gitu agaknya.

dekat pukul 4 petang kerja sekolah dia siap ! kemudia dia makan dan tertidur. kalau aku dolu-dolu kerja sekolah tak siap confirm buat kerja sekolah terkocoh-kocoh dan esok nya aku tak akan datang sekolah. sebab apa. sebab sakit kepala. hahaha.. lepas sepupu aku balik,jiran aku yang tingkatan 1 datang rumah. nak suruh print kan. da la aku da lama tak guna print. kemudian aku pulak yang sakit kepala. dengan ink printer tak ada. last-last aku mintak tolong member aku yang print. senang cerita !

p/s: kepada adik-adik kat keluar sana jangan buat homework last minute.