Tuesday, 7 May 2013

6 mei

ASSALAMUALAIKUM..

okay sorry kepada abang-abang aku dan akak aku..uhh tak lupa kepada akak ipar dan abang ipar aku jugak..alamak dua orang terlupa pulak anak buah aku,aliah dan afeef..sebab lambat sambut birthday ibu atau nenek yang tercinta..semalam 6 mei memang birthday ibu aku..aku dengan abang aku,Qaiyum da beli da kek dan hadiah tapi nak buat macam mana ibu aku demam,.jadi aku dengan abang aku sambut tadi..uhh..tak pe la kan.at least aku sambut jugak..aku akan make sure tahun depan aku nak wat surprise untuk ibu aku..tunggu entry aku untuk tahun depan dengan post tittle yang sama,,,cehh..

tadi sambut sederhana je walaupun tak meriah tetap menarik..errr...korang kalau nak tahu,aku ni kalau ada apa-apa party mesti nak belon..memandangkan aku terlupa nak beli belon jadi aku rasa tak lengkap sambutan hari jadi ibu aku..okay,forget it now...ibu pun rasa seronok je..siap tanya aku dapat duit daripada mana..hello,tak kan la aku nak bagi tahu kot..abang dan kakak aku yang bagi duit..ada la simpanan sikit..cehh..memandangkan first entry aku tadi da banyak sangat idea yang mencurah-curah dan segala ayat bombastik telah diguna jadi aku tak ada point lagi nak berceloteh..so happy birthday ibu..i love u sooooooooooooooooo much..muaaaaaaaaaahhh...
disebabkan ekonomi semakin gawat,almaklumla pertengahan tahun banyak benda nak bayar,aku pun hadiah kan ibu aku sekotak coklat berjenama ferrero rocher..



hadiah untuk ibu...


i love u ibu,muaaaahhh




kerja bangang

ASSALAMUALAIKUM

okay korang... walaupun jari jemari aku ni sangat sakit disebabkan menulis nota yang banyak namun aku mengigihkan jari ini untuk terus menerus menekan keyboard ini sedaya yang boleh..almaklum la exam untuk sem 2 nak dekat jadi fikir-fikir la,kena buat nota kan..semangat berkobar-kobar ni,,hehehe..

masa kat sekolah tadi cikgu Zalilah mintak aku tolong ambil kan surat kebenaran sebab kita orang nak kena pergi Bengkel Pengajian Perniagaan kat PPD MUAR..jadi dengan rasa malas + penat aku menggagahkan diri untuk melangkah ke Pejabat..aku pergi ke pejabat bukan keseorangan tapi bersama sahabat 'sengal-sengal ubi' ni..aku kalau layan member aku seorang ni sampai tahun depan pun belum tentu boleh habis..kepala dia ni gila-gila.. Aku bukannya malas nak pergi pejabat tu kalau korang nak tahu bukan jauh pun pejabat sekolah aku dengan bangunan kelas aku tu..tapi almaklum la,aku baru sahaja lepas rehat dengan melantak nasi goreng + ayam goreng..jadi mana larat nak turun naik..

so,aku tak nak jadi anak murid yang derhaka aku pun berjalan bersama sahabat sengal-sengal ubi yang bernama Amirah..kalau korang kenal Amirah ni konfem la aku jamin korang tak nak kawan dia lagi..pehh,kalau dia sound orang pedih sampai ke lubuk hati dan sanubari..aku berjalan sambil pegang tangan..*aku yang tambah*.. Aku pun sampai dengan Amirah kat pejabat tu..Amirah suka la pergi pejabat..sebab ada alasan yang tak masuk dek akal aku ni..sebab ada air-cond..okay aku rasa ni lawak..perangai macam budak-budak..aku pun ambil surat kebenaran dan keluar darii pejabat secepat mungkin..sebab aku tengah ada kelas dengan Puan Salmiah..

Disebabkan cuaca yang panas,aku pun menutup kepala aku dengan berlindungkan kertas kebenaran yang aku bawak tadi..biasalah kalau ada cahaya ada lah bayang-bayang..disebabkan umur kami sudah dewasa tapi tak berfikiran matang,kami siap main pijak bayang-bayang..okay mira buat lawak,dia kata dia sedang pijak kepala aku..aku pun siap join together dengan dia pijak bayang-bayang dia.siap berebut-rebut..for sure kalau budak 5 tahun tengok kita orang tadi konfem dia gelak terguling-guling sampai senak perut tak pun mesti dia orang fikir kita orang tak matang atau terencat akal..hahaha..

kita orang siap cari tempat yang ada bumbung supaya tak ada bayang-bayang kita orang..aku rasa aku macam sedang buat kerja bangang pulak..seriously aku teringat zaman-zaman dolu-dolu..kalau la zaman kanak-kanak boleh dibeli dengan wang tentunya aku akan beli..sebab kenangan  indah sentiasa sahaja menyeronokkan..











Monday, 6 May 2013

kedai RM2..,

ASSALAMUALAIKUM.. semangat pulak aku nak tulis entry ni selepas galakkan,dorongan dan menyaport daripada member aku sorang ni..err..'menyaport'??ayat apa tu..sebenarnya daripada kata dasar 'support'..hahaha..kalau cikgu BM aku dengar aku punya bahasa ni,confirm dia menangis terguling-guling sebab ada anak murid macam aku,'genius'!!hehehe..masa kat sekolah,Afika tanya aku ,bila nak tulis my new entry..di sebabkan dia aku pun selepas balik sekolah membuka Mr.blog ni dan merepek-repek disini..let's join me..hahahahaha..
aku akan cerita kat korang semua rentetan cerita sampai aku pergi beli 'barang' dekat kedai RM2..sabtu lepas bersamaan 4 Mei 2013,aku dengan Afika pergi kedai buku nak beli buku la..tak kan pergi kedai buku beli basikal atau kek pulak kan??beli buku untuk penggal akan datang..then aku teringat nak beli kan anak buah aku bola..bola apa-apa la...asalkan ada bola..aku pun tanya Afika..

                     Aku: wei,kat sini ada jual bola tak??(kedai buku)

                    Afika: ko nak wat pe bola?ada la kot...

                   Aku: aku nak bagi anak buah aku la..aku da janji nak bagi hadiah hari jadi dia.    

                    ada ke?kalo tak ada nak beli dekat mana ahh??

                   Afika: beli je la kat kedai RM2..
                    
                   Aku: kat mana ahh??
                    Afika: Alah,dekat dengan econsave..nanti aku tunjuk kan..

So,lepas perbualan tu aku pun dengan Afika cepat2 beli buku tu..then pergi Cool Blog,da lama tak menikmati ice blended yang tersedaaaaaap di Muar..cehh,tak memasal kan? Aku beli perisa Vanilla Oreo dan Afika beli perisa Apple..after that.kita orang pergi Mc Donald,beli kan Aliah(anak buah aku) bubur..mama dia yang kirim..singgah sebentar di kedai roti sebelah Mc Donald beli roti..uhh,banyak kan kedai aku pergi..sebenarnya ni first time aku,di mana aku keluar berdua dengan Afika..lepas keluar dari Wetex tu,aku dengan Afika pergi tanjung,jalan-jalan cari pasal..kita orang tengok monyet,aku cakap entah-entah nanti kita orang jumpa 'monyet' lain ke..hehehe..

Selepas sakan merayap tak tentu pasal,aku dan Afika pergi kedai RM2..lebih kurang dalam 10 minit sampai la aku ke kedai RM2..aku jumpa la bola yang aku idamkan..ehh,macam mana nak ambil ni..kan tinggi..tahap ketinggian aku ni mana la sampai untuk mengambil bola itu..kemudian aku dan Afika cari la orang yang boleh membantu aku untuk mencapai bola itu..jalan punya jalan,cari punya cari jumpa la seorang mamat ni..handsome...tapi tak sehansem Hafiz Hamidun la..hahaha..then kita orang mintak tolong dia..dia dari tempat kita orang cari dia(orang yang keje kat kedai RM2) tak habis-habis senyum..kita orang rasa tudung kita orang tak senget..gigi tak go-ngak..

jadi mamat tu pun tolong ambil kan bola dan siap perli kita orang,tanya kita orang nak 10 ke bola tu??okayy,fine!!!layan kan saja..kemudian aku pun bayar bola tu..da la cashier tu macam terkesima melihat wajah aku yang cantik ni..mana taknya,siap bagi bola tu tanpa beg plastik..aku pulak yang menagih simpati meminta sehelai beg plastik..da tu dapat beg plastik besar pulak tu..okay,sangat lawak...then kita orang terus balik rumah dengan membawa sebiji bola berwarna merah bergambarkan Angry Bird..






Friday, 3 May 2013

fakta atau auta?

ASSALAMUALAIKUM..hai kengkawan..tiba-tiba ada satu aura aku dapat dan ilham untuk tulis entry pagi-pagi buta ni...hahahaha.. okay,aku admit aku memang kuat menangis..tapi ada someone cakap dengan aku, orang yang lahir anak last ni iaitu anak bongsu ni memang suka menangis..hello,yeke?? menangis  ni kan anugerah..kalau kita menangis ni kita macam dapat satu aura dengan meluahkan segala-galanya..jadi aku  TAK bersetuju kalau orang kata anak bongsu ni kuat menangis,kuat merajuk or anything else..korang ni cuba berfikiran matang sikit..anak bongsu sebenarnya boleh berdikari tau..boleh buat semua kerja..tak semua anak bongsu suka merajuk dan suka menangis..

bola vs korea

ASSALAMUALAIKUM,kengkawan,sahabat yang sentiasa menyokong aku..*bajet hot stuff kejap*..hahahaha...
okay,korang tengok entry aku kali ni..for the first time,aku nak buat luahan perasaan yang tak puas hati kat member aku seorang ni...before that,kepada sahabat aku or member sekelas form 6 SMK Raja Muda yang tahu kewujudan blog aku ni dan selalu baca all my entry korang tak payah nak gedik nak heboh satu dunia yang aku tulis entry ni sebab tak puas hati dengan Mr.Gagap/Angry Bird..hahahaha..
mula-mula aku dengan Mr.Gagap borak-borak kosong sambil melihat aksi member aku mira dan afika yang explore segala facebook budak-budak yang sememangnya aku tak kenal..ohh,before aku terlupa bukan setakat facebook tetapi blog and twitter..hahahaha..~jangan marah ye~
then dekat wall post facebook afika keluar la pelbagai post berkaitan BOLA..aku tekan kan sekali lagi BOLA!! okay yang paling hot sekarang pasal JDT!!aku tak ambil port sangat..maaf ye..

nie antara conversations aku dengan Mr.Gagap nie..

aku: isyhh,budak laki ni asyik bola..bola..bola..bosan..!

Mr.Gagap: biarlah kan..tak kan nak korea pulak...

aku: hello,at least orang korea handsome2..

Mr.Gagap: da la mata orang korea sepet2,handsome kejadahnya..cakap entah ke apa2..

okay perbualan aku dengan dia harus diberhentikan serta merta..sebab kalo aku terus bertekak dengan dia alamat memang kita orang akan bermasam muka...dan aku, kalo orang buat muka masam mencuka aku tak kan layan dan tak mintak maaf...kahkahkahkah..
okay fathiah..sekarang aku harus belajar memahami lelaki memang sinonim dengan bola..huhuhu..sebenarnya aku tak fanatik sangat dengan korea..aku cuma minat gila dengan cerita sebab cerita korea berbeza dengan cerita melayu...itu yang aku dapat rungkaikan..hehehe..

# p/s: buat Mr.Gagap ko tak payah nak kutuk2 korea..sekian terima kasih #

Tuesday, 30 April 2013

terimbau kenangan dulu

ASSALAMUALAIKUM..okay,ini last post aku....*tetttt* tak ada la..maksud aku last entry aku untuk bulan ni la..hahaha..korang nie suka sangat fikir bukan2..
okay dua hari lepas aku pergi kedai..then tekak aku nie mengidam pulak nak makan kuaci..huhuhu..aku pun tanpa berfikir panjang pon membeli kuaci tersebut dengan harga RM1..tak mahal pon..kalo korang nak beli pon boleh beli banyak2 kan..lepas balik rumah aku pun bukak paket kuaci dengan lahapnya...

                               jadi ini hasil kertas paket kuaci setelah di buka..




okay korang tak payah nak komen betapa ganasnya aku bukak paket kuaci nie..biasalah aku ni dalam mood nak makan kuaci..jadi kena la cepat2 bukak..btol tak??sokong la aku..hehehehe..
so,tengah2 makan aku teringat pulak dekat abang aku sorang nie..aku dengan abang aku,Qaiyum nie memang rapat..sebab beza umur aku dengan dia setahun je..dulu dia la hero aku..dulu-dulu dia la asik back up..sampai pakwe aku dulu pun pernah kena warning dengan dia..okay stop from cerita merepek nie..
masa aku makan kuaci nie,teringat dulu-dulu aku dengan dia suka makan kuaci dan kumpul isi dalam kuaci tu sampai banyak2,baru kita orang makan..kalo makan satu2 tak rasa puasnya..

                                                    macam ni la cara nya...



kumpul isi kuaci nie sikit2..



see!!!!kan da banyak!!


okay nie stage pertama ..hahahaha


okay nie yang terakhir dimana aku da makan semuanya dan hanya tinggal 'kulit' nya itu..



Monday, 29 April 2013

new experience

ASSALAMUALAIKUM...da lama tak update MR.blog nie..*nampak beno nipuye..hahahaha...today aku banyak gila nak citer..hehehehe..hari ni aku bersama-sama kengkawan form 6 ada satu contest sempena karnival form 6 dekat SEDAR(Smk Dato' sri Amar Diraja,Muar)..sekolah aku nie pun masuk pertandingan yang ada dalam karnival form 6..aku??aku masuk pengucapan awam..cehh,tak payah nak komen aku pandai wat ke tak..owkay pagi2 tu aku pun buat pendaftaran,,then,cikgu aku suruh buat cabutan untuk undian..k,tak payah nak tanya aku dapat giliran ke berapa..sebab tangan aku ni memang 'power'..

                                         jeng...
                                         
                                        jeng...

                                        jeng...

                                               
                                                   jadi ini lah no giliran aku..


cehhh korang tak payah terkejut beruk sangat ea??aku relax je..*dalam hati cuma ALLAH yang tahu..dengan sopan dan aku buat muka cute aku masuk berdiri depan judges serta mengeluarkan segala apa-apa yang sudah ku hafal..aku rasa aku da buat yang terbaik dan terbaguuuuuuuuuuuuuuus la...cikgu aku pun kata yang aku da confident..tapi kalo da kata adat pertandingan..

oleh itu,dengan ini aku mengisytiharkan yang aku tak memenangi contest tu,,hehehehe..relax2 sudah..

okay,korang yang nak masuk apa-apa contest yang dapat giliran satu aku nasihatkan korang,x payah la takot..buat tak tahu je..kan tu rezeki daripada ALLAh..entah2 nanti korang dapat nombor satu ke??cehhhh...if ALLAH wills it..