Tuesday 7 May 2013

kerja bangang

ASSALAMUALAIKUM

okay korang... walaupun jari jemari aku ni sangat sakit disebabkan menulis nota yang banyak namun aku mengigihkan jari ini untuk terus menerus menekan keyboard ini sedaya yang boleh..almaklum la exam untuk sem 2 nak dekat jadi fikir-fikir la,kena buat nota kan..semangat berkobar-kobar ni,,hehehe..

masa kat sekolah tadi cikgu Zalilah mintak aku tolong ambil kan surat kebenaran sebab kita orang nak kena pergi Bengkel Pengajian Perniagaan kat PPD MUAR..jadi dengan rasa malas + penat aku menggagahkan diri untuk melangkah ke Pejabat..aku pergi ke pejabat bukan keseorangan tapi bersama sahabat 'sengal-sengal ubi' ni..aku kalau layan member aku seorang ni sampai tahun depan pun belum tentu boleh habis..kepala dia ni gila-gila.. Aku bukannya malas nak pergi pejabat tu kalau korang nak tahu bukan jauh pun pejabat sekolah aku dengan bangunan kelas aku tu..tapi almaklum la,aku baru sahaja lepas rehat dengan melantak nasi goreng + ayam goreng..jadi mana larat nak turun naik..

so,aku tak nak jadi anak murid yang derhaka aku pun berjalan bersama sahabat sengal-sengal ubi yang bernama Amirah..kalau korang kenal Amirah ni konfem la aku jamin korang tak nak kawan dia lagi..pehh,kalau dia sound orang pedih sampai ke lubuk hati dan sanubari..aku berjalan sambil pegang tangan..*aku yang tambah*.. Aku pun sampai dengan Amirah kat pejabat tu..Amirah suka la pergi pejabat..sebab ada alasan yang tak masuk dek akal aku ni..sebab ada air-cond..okay aku rasa ni lawak..perangai macam budak-budak..aku pun ambil surat kebenaran dan keluar darii pejabat secepat mungkin..sebab aku tengah ada kelas dengan Puan Salmiah..

Disebabkan cuaca yang panas,aku pun menutup kepala aku dengan berlindungkan kertas kebenaran yang aku bawak tadi..biasalah kalau ada cahaya ada lah bayang-bayang..disebabkan umur kami sudah dewasa tapi tak berfikiran matang,kami siap main pijak bayang-bayang..okay mira buat lawak,dia kata dia sedang pijak kepala aku..aku pun siap join together dengan dia pijak bayang-bayang dia.siap berebut-rebut..for sure kalau budak 5 tahun tengok kita orang tadi konfem dia gelak terguling-guling sampai senak perut tak pun mesti dia orang fikir kita orang tak matang atau terencat akal..hahaha..

kita orang siap cari tempat yang ada bumbung supaya tak ada bayang-bayang kita orang..aku rasa aku macam sedang buat kerja bangang pulak..seriously aku teringat zaman-zaman dolu-dolu..kalau la zaman kanak-kanak boleh dibeli dengan wang tentunya aku akan beli..sebab kenangan  indah sentiasa sahaja menyeronokkan..











No comments:

Post a Comment