Wednesday, 29 May 2013

my neighbour

Assalamualaikum

hai korang-korang yang dok baca entry aku kali ni sambil makan keropok dan bertemankan air kopi.. eiii.. air kopi? taknak.. taknak.. air holick la.. kenapa? suka hati aku la.. blog aku, aku punya pasal la..
neighbour? siapa yang tak tahu maksudnya korang boleh pergi ambil kamus dan pergi cari maknanya.. yang korang budak form 5 yang tak tahu maksudnya baik korang pergi study sekarang.. kang tetiba masa SPM kena buat essay macam tu baru hang dok sibuk nak frust.. menangis.. menjerit macam kena santau.. kau fathiah,mulut tak reti nak cover sungguh.

neighbour tu bahasa omputeh punya.. bahasa melayu sebut jiran.. alah,jiran.. yang duk sebelah rumah korang tu.. kalau tak tahu jugak korang pergi ambil hammer or benda-benda keras ketuk kepala korang.. lepas korang da ketuk kepala, rendam kan kepala korang dalam baldi yang dipenuhi air.. rasa nak lemas tu,angkat kepala korang.. konfem! lepas korang buat ,korang akan tahu maksud neighbour atau jiran.. ada faham.. sesapa yang tak faham apa yang aku ajar hari ni, sila angkat kaki..

ain nabila & ainul husna



tengok betul muka dua budak ni.. serupa dengan aku tak? hahaha.. konfem tak serupa, sebab ni bukan adik aku, tapi ni jiran aku yang paling awesome... dan satu lagi dia dua orang ni la jiran yang paling setia dan suka bertandang ke rumah aku.. kiranya dia la jiran yang paling prihatin dengan keluarga aku, okay tak memasal.. yang ain nabila tu berumur 6 tahun dan yang sebelah tu ainul husna berumur 4 tahun.. okay korang tak payah nak kutuk dia dua orang.. sebab adik lebih besar dari akak.. husna tu suka sangat miunm susu,makan telur dan ayam.. memang patut pun badan dia macam tu.. padan muka dia..

semalam dia duk melepak rumah aku sampai ke petang.. aku tak kisah sangat sebab dia memang selalu menjadikan rumah aku ni sebagai rumah persinggahan atau rumah kedua dia dua orang.. sedang aku melayan perasaan dalam bilik semalam sambil membaca novel,budak dua orang ni masuk bilik.. aku tengah meniarap sambil buat kuak lentang.. buruk sangat perangai ko, fathiah.. bilik aku.. aku punya pasal la.. tengah-tengah khusyuk membaca,si husna yang mulut murai ni bercakap dengan aku..

husna: kak teha ni besar la,gemuk..

aku sangat panas dengan kata-kata yang tak bertamadun daripada dia.. tak kan aku nak hentak si husna dengan kayu kat belakang rumah aku tu.. jadi aku buat tak layan je.. bila aku tak layan,budak ni makin suka menyakat aku..

husna: kak teha pendek !

ohh no!!! aku pun dengan pantas mencubit pipi montel dia yang macam kuih apam yang lembut yang sedap di makan ketika masih panas.. husna ketawa terbahak-bahak.. then,aku paksa dia tidur.. dia pon tidur lepas aku buat mata besar macam nak marah dia.. tau takut.. aku ketawa bila dia tidur.. teringat dulu, masa dia tengah tidur.. aku pun masa tu join dia.. tengah-tengah tidur aku rasa macam ada air meleleh kat lantai.. aku pun bangun.. oh noooo!! husna kencing masa tidur.. tak kan aku nak pukul dia pulak.. aku pun sambung tidur balik.. merepek la kau fathiah! aku pun kejut dia suruh dia bangun dan mandi kan..

kekadang aku cerita kat member pasal budak dua orang ni,dia orang cakap aku ni baik sangat.. tapi aku rasa tak.. *rendah diri kejap.. mungkin aku tak ada adik,tu yang aku layan dia dua orang macam adik aku..

p/s : sometimes we must treat our nieghbour like our parents. do you agree with me?? hehehe..

Tuesday, 28 May 2013

demam gwiyomi

Assalamualaikum..

semakin hari aku tengok bebudak Malaysia ni sentiasa menyahut seruan kerajaan berkaitan dasar pandang ke timur.. fuhh,teror la aku sekarang ni.. boleh pulak cerita dasar kerajaan dekat sini kan.. okay kalau korang tak tau dasar apa yang aku cakap tu,korang boleh searh google, confirm korang lebih arif daripada aku.. so aku terang kan sikit,, dasar tu nak suh Malaysia boleh sama maju dengan negara timur tu.. pandai korang teka,, of course la jepun dan korea selatan..

so setiap hari aku bukak facebook je mesti ada new update daripada bebudak hot berkaitan video gwiyomi tu.. kalau comel aku tak kisah,tapi kalau gedik.. nauzubillah.. sampai budak kelas aku budak lelaki pun naik meluat.. memang sah bebudak Malaysia ni suka tiru gaya orang barat.. dengan K-pop nye,gangnam style, lepas tu gwiyomi.. pehh.. kalau K-pop aku tak kisah sangat sebab aku pun layan jugak lagu dia orang.. tapi part gwiyomi ni aku macam alah sikit.. macam alahan makan udang.. rasa gatal-gatal je.. so,aku istilah kan bebudak Malaysia ni memang da kena serangan demam yang teruk yang tak ada ubatnya.. DEMAM GWIYOMI.. dasyat la.. kalau korang nak tau member sekepala aku tu pun ada buat.. tapi tak masuk youtube or facebook la.. hello,dia bukan tak feymes la. cuma tak nak kena label, kena cop GEDIK..

so aku nasihat kan korang berhenti la meniru gaya orang.. amek ni sebagai hadiah bebudak yang buat gwiyomi tak pun peminat or yang fanatik dengan gwiyomi..


ta............ra...



Monday, 27 May 2013

tawar?

Assalamualaikum..

sementara menunggu jiran aku yang nak siap-siap pergi medical check up dan x-ray, aku pun dengan berbesar hati meringankan tulang jari-jari aku untuk menaip sekaligus mencurahkan idea yang ada dalam benak fikiran aku ni.. okay,korang tau tak apa itu cendol? rasa nya macam mana? ohh,sedap la kan.. tapi aku bukan la peminat nombor satu cendol ,sebab aku tak suka cendol yang hijau tu la.. aku telan airnya saja, pelik? ada aku kisah.. ko sape nak judge aku?

satu hari tu,masa tengah minggu exam tu la.,member sekepala aku decide nak pergi minum-minum tepi jalan,, kat warung.. sebab tekak sudah haus bukan kepalang.. maklum la exam habis pukul 4 petang gitu.. sampai kat warung dekat pukul 5 petang.. so decide dengan budak 3 orang tu minum dulu sebelum balik.. pergi la kami berempat ke warung mak jah..

aku,fika dan mira order air lai chi kang.. sedap gila.. murah saja.. satu cawan RM 2.. atikah pulak tak suka air yang kita orang minum, so dia pilih cendol.. sambil menunggu air tu kita orang berbual begitu dan begini.. korang tak payah nak busy body sangat la nak tau aku berbual apa.. macam mak jemah pulak.. so,korang duduk diam-diam dan teruskan membaca tanpa rasa menyampah dengan aku.. FAHAM!

so,lai chi kang dan cendol pun sampai dalam masa 7 minit.. SIAP..





korang nampak tak perbezaan cendol dalam 2 mangkuk tu? satu mangkuk ada lalat satu lagi tak ada kan? hahaha.. mesti korang tengah cari kan? fathiah tip top kau kena kan orang hari ni.. hehehe.. mana ada? satu mangkuk cendol sudah di kacau sehingga sebati dan boleh terus menikmatinya yang mangkuk satu lagi tak kacau lagi.. ada faham? sekarang korang catatkan dalam buku nota korang sebab aku nak cerita pasal mangkuk cendol yang tak dikacau lagi.. cepat catat! kang tak faham pulak.. tergaru-garu kepala pulak dia.. tak ada pen? nanti aku bagi.. ingat je la dulu! macam budak sekolah,nak kena arah-arahkan.. sekarang korang bayangkan yang mangkuk cendol belum kacau tu milik ATIKAH member aku..

atikah pun menghirup cendol tu dengan lahapnya.. *aku saja je tambah.. kalau korang nak tau atikah tak boleh di bawa ke majlis.. kalau korang bawak konfem kena halau.. mana tak nya,kalau dia makan.. peh.. punya la lambat.. polite gitu,nyah.. tapi tak pe la.. itulah calon-calon isteri yang disukai lelaki.. hahahaha.. kalau korang nak bawak atikah pergi majlis jugak ko pesan kat tika macam ni..
"kau,tika...kau tak payah makan.. biar aku sorang je makan".. kejam tak..? korang praktik kat kawan-kawan korang yang makan sopan tahap gaban..

*conversations aku dengan bebudak kepala gila*

atikah pun memuji keenakan minuman cendol tu.. aku pun macam terliur la.. sampai air liur meleleh.. 

aku: weyh,nak rasa sikit boleh?

atikah: amek la..

aku pun minum, dalam hati aku terdetik.. "asal tawar bebeno ni".. aku pun diam je la kan..

mira pun nak join sekaki mintak cendol si atikah ni..

mira: asal tawar ni.. ko tak kacau ke atikah?

atikah: kena kacau ke? selalunya mak aku yang tolong kacau kan..

dan satu lagi nasihat aku untuk korang kalau nak ajak atikah hang out banyak benda korang kena terang kan kat dia.. dia ni tak tau sangat ,so kita kena ajar dia step by step.. tapi dia kawan yang paling baik bagi aku.. suka tolong selesai masalah orang even dia ada big problem.. mulia hati dia.. so paling penting jangan lupa kacau kan cendol dia sebelum dia minum.. walau korang terpaksa bukak kan kulit udang untuk dia makan nanti.. hahahaha..

p/s: kapada atikah jangan marah aku dengan entry terbaru aku..


terkejut mak!!

Assalamualaikum..

hai korang..serius  campur sumpah aku rindu gila dekat blog ni..da lama kot tak update entry baru..patut la rasa macam tak boleh bernafas dengan betul.. rupa-rupanya da lama tak buat entry yang kejadah haram ni.. sorry korang.. serius aku busy nak study sebab nak exam untuk second sem..

semalam aku decide dengan member  nak pergi beli buku untuk buku sem 3.. so aku pun berjalan kaki bersama member dari parit jawa hingga ke bandar muar.. okay.. aku tahu korang tak akan percaya kan.. hehehe.. nampak beno ko menipu fathiah.. kita orang naik motor la.. tak kan nak naik kereta pulak.. dengan muar sesak macam ikan sardin tu..tak sanggup aku,nyah.. so aku menunggang motosikal dengan kelajuan 60 km/j.. lawak tak.. sebab motor tu memang boleh bawak 60 je, kalau korang bawak 65 pasti akan sampai ke kuala lumpur terus.. aku yakin tu..!

dalam 25 minit sampai la kita orang di kedai buku.. cari punya cari buku jumpa la member lelaki sorang ni.. kita orang panggil dia budak zaman dulu-dulu.. sebab apa? sebab rambut dia terjungkit ke depan.. okay,fathiah.. enough kutuk orang.. tu kan budak yang afika minat..! sorry fika,saya tak sengaja..*sambil buat muka comel.. da beli buku apa lagi,kita orang cabut lari tanpa membuat sebarang pembayaran.. aku tahu korang mesti ingat aku kelentong korang.. mana ada! betul la.. aku tak guna duit beli buku aku guna voucher la..

kemudian dengan wajah afika yang minta simpati nak beli cool blog aku pun ikut kan..kang  dia buat muka seposen kalau tak beli cool blog pulak.. ayat yang memilukan sampai menusuk ke kalbu bila dia cakap 'suka hati'.. peh,sentap mak,nyah.. intonasi tak boleh bla.. then aku pun join sekaki beli cool blog.. ada pulak mamat dan minah cina bangang tak bertempat.. tempat order dijadikan tempat menunggu cool blog dan tempat beramah mesra.. aku pun naik angin dan apa lagi sound la..

after beli cool blog kita orang round satu bandar muar.. lawak tak.. kita orang kan anak jati muar.. sebenarnya kita orang sesat sebab nak cari kedai buku yang lain tak jumpa..beberapa saat kemudian kita orang sampai..atikah pun cari la buku yang di idam-idam kan.. after jumpa kita bayar dan bla.. plan lepas pergi beli buku nak jalan-jalan pergi tanjung.. minyak motor pun da nak empty,so decide nak isi minyak dulu.. tengah-tengah bawak motor nampak pulak polis buat roadblock..

ohh. NO!!!!!!


              abang polis ensem:  ke tepi..ke tepi...

              aku pun ke tepi...dalam otak aku ligat berfikir motor afika ni ada roadtax ke tak..

              abang polis ensem:  mintak ic,lesen..

              aku pun keluar kan..

              abang polis ensem:  adik lesen da mati ni..

              aku buat muka tak bersalah,,ingat kan dia main-main.. aku ambil dan check..

             aku: ohh..ni lesen lama..(lesen P yang da lama)

            aku keluar kan yang lain..dan bagi abang polis ensem..

            abang polis ensem: adik,lesen ni pun da mati..


aku cuak macam tersesak nafas je..aku rasa macam tali gantung ada kat leher aku.. Ya Allah,Kau ampun kan la hambaMU ini.. rupa-rupanya aku bagi lesen L aku yang lama,aku rasa tahun lepas dan sudah tamat tempoh..cari punya cari jumpa lesen terbaru aku, lesen penug gitu.. siap buat muka kerek lagi kat polis tu..

so,dengan senang hati aku,aku pun berlalu dengan menyanyi lagu hoore! hoore! ...nasib baik kau ada lesen.. kalau tak ada, alamat ibu membebel sebab nak tanggung saman..

pesanan: lesen yang tak guna tu korang campak je kat lokang tak pun humban kat gaung..simpan yang perlu saja..okay..

Sunday, 12 May 2013

selamat tinggal SAYANG

ASSALAMUALAAIKUM...

Di kala aku menulis entry kali ni,aku rasa nak menangis dan menjerit..ohh..no!!!!!!ini lah kali terakhir aku menulis entry ini..rasa macam nak bengkak da mata ni menangis terus menerus..okay,korang tak payah fkir-fikir buruk pasal aku..aku bayar tau bill broadband aku..aku tak sanggup nak ucapkan selamat tinggal sayangku MR.BLOG...gempak tak tajuk entry aku kali ni..confirm member aku,afika teruja nak tau sangat kan..hahahaha....aku kalau bab-bab berlakon bagi la kat aku...untuk hari guru nanti aku kena berlakon..pegang watak jahat,so korang nanti kan entry aku pada masa akan datang..jahat sangat ke aku??jahat budak jahat..hehehe..
Owkay sebelum aku meneruskan perjuangan aku untuk merepek dengan lebih lanjut,aku nak betulkan fikiran korang yang sudah tersedia tak betul tu..hehehehe..aku gurau saja la..jangan ada niat nak saman aku pulak..hehehe..sebenarnya aku nak ucapkan selamat tinggal kat mr.Blog ni la..aku nak bagi tahu 'dia' jangan rindu aku sebab aku tak akan menziarahi 'dia' dalam masa 2 minggu ni..aku da nak exam untuk sem 2..so,kena struggle betul2 la..doakan aku tau korang..sayang korang..muaaaaaaaaahh..
okay aku tahu aku da terlebih sudah..hehehehe..
So,aku rasa macam tak ada point nak cakap apa-apa untuk entry kali ni..cuma nak bagi tau kat Mr.Blog kesayangan aku supaya jangan menangis..aku akan akan kembali lagi dengan cerita sensasi,hot dan gempak dalam masa 2 minggu..kiranya 2 minggu tu cuti berehat aku la..

okay,kepada korang yang baca blog aku ni aku bersyukur tak terhingga..sayang korang ketat..love u...

Thursday, 9 May 2013

WELCOME lower 6..

ASSALAMUALAIKUM

semoga hari ni lebih baik daripada semalam..semoga hari ini menjadi hari indah buat kita semua..cehh..bermadah pulak aku hari ni.. 8 mei 2013,budak-budak SPM tahun lepas sudah menjejak kan kaki untuk masuk lower 6..muka sedih-sedih je semua..mesti dia orang fikir masuk form 6 atau ambil STPM adalah jalan terakhir yang dia orang miliki..pehh kalo aku dengar pun da sentap.. cuba ubah cara kita berfikir,maju setapak kehadapan dan befikir secara rasional..sebenarnya masuk form 6 satu jalan yang terbaik..universiti nak ambil pelajar pun dia orang akan utama pelajar-pelajar lepasan STPM..kerajaan Malaysia sangat mengambil berat dekat kita yang masuk form 6 ni tau..cikgu-cikgu form 6 selalu cakap sebelah kaki kita ni da selangkah masuk ke universiti cuma tinggal sebelah kaki saja terpisah di sekolah..hehehehe.. owkay,memang realiti sesapa masuk form 6 orang akan cakap budak sekolah,sebab apa??sebab kita berpakaian sekolah,terikat dengan peraturan sekolah..bukankah itu makin mendisiplinkan kita..cewahhh,,aku tak sangka aku boleh tulis benda alah yang mendatangkan faedah..hehehe..kalau 2 tahun lagi aku baca older post aku ni confirm aku gelak sampai senak perut..
kepada adik-adik yang da masuk form 6 untuk sesi 2013/2014 di SMK Raja Muda,selamat datang akak ucapkan..buktikan kepada semua orang yang kita mampu berjaya even jadi pelajar sekolah lagi..jangan bersedih..dengan kata seertinya jangan nak dok melalak setiap hari kerana terpaksa masuk form 6..kalau tak nak masuk or saja-saja ikut kawan,aku nasihat kat korang baik berhenti,,kang x memasal cikgu korang sakit kepala atau panas hati..sebab result-result korang 'gempak'..

sekian untuk hari ini,waktu ini,detik ini,jam ini,dan........apa-apa je la..

aku bagi korang tengok picture aku sebelum pergi sekolah..


owkay tak payah komen or ngumpat aku tau poyosss glerr..

bye korang,aku nak pergi sekolah..hehehehe..



Tuesday, 7 May 2013

6 mei

ASSALAMUALAIKUM..

okay sorry kepada abang-abang aku dan akak aku..uhh tak lupa kepada akak ipar dan abang ipar aku jugak..alamak dua orang terlupa pulak anak buah aku,aliah dan afeef..sebab lambat sambut birthday ibu atau nenek yang tercinta..semalam 6 mei memang birthday ibu aku..aku dengan abang aku,Qaiyum da beli da kek dan hadiah tapi nak buat macam mana ibu aku demam,.jadi aku dengan abang aku sambut tadi..uhh..tak pe la kan.at least aku sambut jugak..aku akan make sure tahun depan aku nak wat surprise untuk ibu aku..tunggu entry aku untuk tahun depan dengan post tittle yang sama,,,cehh..

tadi sambut sederhana je walaupun tak meriah tetap menarik..errr...korang kalau nak tahu,aku ni kalau ada apa-apa party mesti nak belon..memandangkan aku terlupa nak beli belon jadi aku rasa tak lengkap sambutan hari jadi ibu aku..okay,forget it now...ibu pun rasa seronok je..siap tanya aku dapat duit daripada mana..hello,tak kan la aku nak bagi tahu kot..abang dan kakak aku yang bagi duit..ada la simpanan sikit..cehh..memandangkan first entry aku tadi da banyak sangat idea yang mencurah-curah dan segala ayat bombastik telah diguna jadi aku tak ada point lagi nak berceloteh..so happy birthday ibu..i love u sooooooooooooooooo much..muaaaaaaaaaahhh...
disebabkan ekonomi semakin gawat,almaklumla pertengahan tahun banyak benda nak bayar,aku pun hadiah kan ibu aku sekotak coklat berjenama ferrero rocher..



hadiah untuk ibu...


i love u ibu,muaaaahhh