Wednesday 29 May 2013

my neighbour

Assalamualaikum

hai korang-korang yang dok baca entry aku kali ni sambil makan keropok dan bertemankan air kopi.. eiii.. air kopi? taknak.. taknak.. air holick la.. kenapa? suka hati aku la.. blog aku, aku punya pasal la..
neighbour? siapa yang tak tahu maksudnya korang boleh pergi ambil kamus dan pergi cari maknanya.. yang korang budak form 5 yang tak tahu maksudnya baik korang pergi study sekarang.. kang tetiba masa SPM kena buat essay macam tu baru hang dok sibuk nak frust.. menangis.. menjerit macam kena santau.. kau fathiah,mulut tak reti nak cover sungguh.

neighbour tu bahasa omputeh punya.. bahasa melayu sebut jiran.. alah,jiran.. yang duk sebelah rumah korang tu.. kalau tak tahu jugak korang pergi ambil hammer or benda-benda keras ketuk kepala korang.. lepas korang da ketuk kepala, rendam kan kepala korang dalam baldi yang dipenuhi air.. rasa nak lemas tu,angkat kepala korang.. konfem! lepas korang buat ,korang akan tahu maksud neighbour atau jiran.. ada faham.. sesapa yang tak faham apa yang aku ajar hari ni, sila angkat kaki..

ain nabila & ainul husna



tengok betul muka dua budak ni.. serupa dengan aku tak? hahaha.. konfem tak serupa, sebab ni bukan adik aku, tapi ni jiran aku yang paling awesome... dan satu lagi dia dua orang ni la jiran yang paling setia dan suka bertandang ke rumah aku.. kiranya dia la jiran yang paling prihatin dengan keluarga aku, okay tak memasal.. yang ain nabila tu berumur 6 tahun dan yang sebelah tu ainul husna berumur 4 tahun.. okay korang tak payah nak kutuk dia dua orang.. sebab adik lebih besar dari akak.. husna tu suka sangat miunm susu,makan telur dan ayam.. memang patut pun badan dia macam tu.. padan muka dia..

semalam dia duk melepak rumah aku sampai ke petang.. aku tak kisah sangat sebab dia memang selalu menjadikan rumah aku ni sebagai rumah persinggahan atau rumah kedua dia dua orang.. sedang aku melayan perasaan dalam bilik semalam sambil membaca novel,budak dua orang ni masuk bilik.. aku tengah meniarap sambil buat kuak lentang.. buruk sangat perangai ko, fathiah.. bilik aku.. aku punya pasal la.. tengah-tengah khusyuk membaca,si husna yang mulut murai ni bercakap dengan aku..

husna: kak teha ni besar la,gemuk..

aku sangat panas dengan kata-kata yang tak bertamadun daripada dia.. tak kan aku nak hentak si husna dengan kayu kat belakang rumah aku tu.. jadi aku buat tak layan je.. bila aku tak layan,budak ni makin suka menyakat aku..

husna: kak teha pendek !

ohh no!!! aku pun dengan pantas mencubit pipi montel dia yang macam kuih apam yang lembut yang sedap di makan ketika masih panas.. husna ketawa terbahak-bahak.. then,aku paksa dia tidur.. dia pon tidur lepas aku buat mata besar macam nak marah dia.. tau takut.. aku ketawa bila dia tidur.. teringat dulu, masa dia tengah tidur.. aku pun masa tu join dia.. tengah-tengah tidur aku rasa macam ada air meleleh kat lantai.. aku pun bangun.. oh noooo!! husna kencing masa tidur.. tak kan aku nak pukul dia pulak.. aku pun sambung tidur balik.. merepek la kau fathiah! aku pun kejut dia suruh dia bangun dan mandi kan..

kekadang aku cerita kat member pasal budak dua orang ni,dia orang cakap aku ni baik sangat.. tapi aku rasa tak.. *rendah diri kejap.. mungkin aku tak ada adik,tu yang aku layan dia dua orang macam adik aku..

p/s : sometimes we must treat our nieghbour like our parents. do you agree with me?? hehehe..

No comments:

Post a Comment